wait, saya sengaja buat cerita pasal senaman senaman ni sebab nak bagi galakan supaya readers saya bersenam. Jangan berfikiran, kau dah kurus, tak payah bersenam pun takpe. No! Bersenam untuk buat badan kita fit, nampak solid, nampak sihat. ada yang kurus tapi perut buncit. contohnya saya. HAHAHA... so sekarang saya memang akan buat senaman sebelum saya menaip cerita ni (kadang-kadang lengkap satu bab kadang-kadang separuh je). Let say, sekali bersenam, satu bab saya buat. So untuk siapkan satu cerita, saya kena buat lebih kurang tiga puluh senaman untuk tiga puluh bab. JADI... adil bukan? :P So marilah kita bersenam sentiasa. Selamat membaca. Muahhh dari penulis gedik.
BAB
2
“BILA Rissa
dah mahir, abang
akan ajar pula
buat kick. Kick ada banyak
jenis juga. Shadow kick
yang best sikit.” Ikmal
bersuara sambil tenang
memandu. Arissa tersenyum.
Tangan ditepuk-tepuk.
“Tak sabar
nak belajar.” Teruja
sekali dia berkata.
Ikmal tersenyum. Apa
jua reaksi Arissa
pasti membuatnya tersenyum.
Mungkin dia dah
jatuh cinta teramat
sangat agaknya. Cinta?
Dia sendiri pun
lupa bagaimana rasanya
cinta.
“Panjang lagi
masa. Lagipun, Rissa
ikut tak arahan
abang? Workout di rumah?”
soalan Ikmal membuatkan
Arissa tersenyum lebar.
Takkan Ikmal tak
perasan pada perubahan
badan dia? Dah
tak nampak lembik
londeh macam dulu
lagi dah. Sekarang
dia rasa sedikit
tegap. Fit gitu.
“Ikut... squat. Sekarang
dah seratus dua
puluh sehari. Nanti
nak try 150 pulak
sehari.” Kata Arissa
yakin.
Ikmal tersenyum
dan mengangguk-anggukkan kepalanya.
Squat untuk bahagian
paha dan punggung.
Ramai yang kata
squat mampu mencantikkan
bentuk punggung. Ikmal
akui, punggung Arissa
ada perbezaannya. Tapi
memang cari nahaslah
kalau dia bersuara
tentang itu.
“Ingat lagi
tak dulu Arissa kata
apa dekat abang?”
soal Ikmal sambil
mengangkat keningnya.
“I
said I can’t
do it. It’s sore.”
Arissa mencemik dengan
sikapnya yang terlalu
mudah berputus asa
dulu. Baru buat
dua puluh dah
nak menangis. Sakit.
“Then,
what makes you
did it?” soal Ikmal
lagi.
Arissa tersenyum.
“Abanglah. Abang cakap...
ekhem hem! ‘Sore is
the most satisfying
pain. Don’t quit, Arissa! You’re
already in pain. You’re already
hurt. Get a
reward from it. Work
your
ass off!” kata Arissa
penuh bertenaga
sambil menumbuk tapak
tangannya. Ikmal ternganga.
“Okay,
I didn’t say
the last words.
Where the hell
does they came
from?” Arissa tergigit
lidah. Alamak! Itu bukan
kata-kata semangat dari Ikmal. Tapi dari
Liza bila dia
mengadu dia nak
berhenti.
“Err... itu...
Liza. Hehehe.”
“Sure?” mulalah
bunga-bunga curiga muncul.
“Yes.
Rissa simpan lagi
mesej dia. Actually, dia
hantar gambar bercaption sebagai
motivation.” Kata Arissa tanpa
menyedari yang Ikmal itu
sebenarnya baru dijangkiti
virus cemburu tahap
satu.
“Good.
Rissa tak boleh
makan dalam tempoh...”
sengaja dia biarkan
ayatnya tergantung supaya
Arissa boleh sambung.
“Dalam tempoh
tiga jam selepas
workout...” seperti
jangkaannya, Arissa menyambung.
Ikmal mengangguk-angguk.
“Buat crunch?” Crunch merupakan
senaman untuk bahagian
perut atau abdomen.
Siapa nak perut
rata atau six pax,
rajin-rajinlah buat crunch.
“Buat... sekarang
dah seratus dua
puluh juga sehari.
Satu set tiga
puluh tapi Rissa repeat
banyak kali.” Kata
Arissa yang sudah
lama membuat senaman
di rumah.
“Cycle?”
soal Ikmal lagi.
“Sama... anticlockwise pun
sama. Sit up pun...”
Semakin bangga Arissa
apabila berjaya melaksanakan
senaman itu tanpa
cuti.
“Badan rasa?”
soalan Ikmal tergantung.
“Awal-awal dulu
rasa penat. Kejang
otot semua. Nak-nak
bahagian perut. Nak gelak
sakit. Nak bangun
sakit. Nak bernafas
pun terasa tau? Kaki tak
boleh berjalan elok.
Sekarang tak lagi.
Dah mula rasa selesa. Kuat.
Segar. Pumping buat tapi
tak banyak sampai
seratus. Dua puluh
kali untuk tiga
set. Tangan ni
dah kuat sikit.”
Arissa segera menaikkan
tangannya, acah-acah tunjuk
otot kecilnya.
Ikmal tersengih.
Dia nampak sedikit
perubahan pada tangan
Arissa tapi dia
malas nak tegur.
Nanti Arissa terlalu
seronok dan mula
mengabaikan senaman.
“Lepas ni,
Sabtu Ahad, ikut
abang dan Abang
Pijoi pergi jogging.” Pelawa
Ikmal. Arissa yang
sememangnya menantikan detik
itu nampak teruja
benar.
“Betul ni?”
soalnya gembira.
“Betul. Tapi
bangun awal. Lepas
Subuh dah gerak.”
Beritahu Ikmal. Dia
memang selalu sangat
bersenam dengan Hafizul.
Tapi dia cepat
penat sebab penyakitnya.
Tapi dia tak
nak layankan sangat
sakit kepalanya itu.
Kalau dilayan, semakin
teruk.
“Yes!”
Arissa menumbuk angin.
“Rissa tak
takut badan jadi
kasar?” soal Ikmal
sekadar menduga.
Dia sebenarnya
takut kalau tubuh
kecil Arissa bertukar
menjadi kasar dengan
otot-otot yang kian
membesar. Setakat nampak
solid tu,
dia boleh terima.
Malah, dia lagi
suka. Tapi kalau
sampai tahap badan
macam ahli gusti
perempuan, bimbanglah dia...
“Rissa lagi
takut kalau tak
kuat. Di zaman
orang ramai makin
jahat ni, tak
selamat dah budak
perempuan badan kecil
ni...” senang sahaja
jawapan Arissa. Ikmal
akui, memang betul
apa yang dikatakan
oleh adik ipar
Hafizul itu. Dunia
sekarang semakin kejam.
Banyak kes jenayah
tanpa motif berlaku.
Ramai anak gadis
seusia Arissa menjadi
mangsa.
“Ada betulnya.
Tapi jaga juga
kesihatan. Jangan paksa
sangat. Jangan workout lebih
sangat pulak. Nanti
otot-otot besar sangat
pun tak lawa
juga untuk perempuan.”
Pesan Ikmal. Arissa
angguk.
“Ya, setakat
body Cameron
Diaz, Rissa boleh
terima... kalau Gina
Carano, kena fikir
juga banyak kali...
kasar sangat pulak.”
Komen Arissa selamba.
Gina Carano?
Tegak telinga Ikmal
mendengarnya. Dia suka
Gina Carano! Atlet
yang menyandang gelaran
juara berkali-kali. Hanya
pernah kalah sekali.
Tetapi kalau badan
Arissa yang kurus
bertukar seperti Gina
Carano, dia tak
mahulah. Memang tak
sesuai langsung dengan
wajah lembutnya. Tak
sangka Arissa yang
nampak innocent itu kenal
seorang ahli gusti
perempuan.
“Haa, baguslah
kalau fikir begitu.”
Ikmal kelegaan. Nanti
jenuh pula dia
nak bela diri
dari abang-abang dan
kakak si Arissa.
Belum masuk part kena
bela diri dari amarah mak
dan ayah Arissa.
Pasti mereka tak
suka kalau tubuh
kecil Arissa bertukar
menjadi kasar.
“Rissa, kenapa
budak tu kacau
Rissa?” soalnya setelah
lama mereka menyepikan
diri. Budak mana pulak
ni? Arissa berkerut.
Oh! Tiba-tiba dia
ketap bibir. Sekarang dia
dah ingat.
“Entah. Asyik
hantar surat cinta
aje. Dahlah ayat
melampau-lampau. Bak bintanglah,
bulanlah. Kita nak
buat apa dengan
bulan dan bintang
tu? Bila Rissa
tak layan, dia
sibuk juga. Siap
nak tolong temankanlah
apalah. Rissa pulak
rasa macam tak
selamat bila dia
buat begitu. Entahlah.
Mungkin niat dia
baik, tapi Rissa
tetap takut.” Ikmal
mendengus tiba-tiba. Stereng
dicengkam. Cemburu tak
pasal-pasal. Namun ada
keluhan lega. Arissa
tak melayan.
“Kacak ke
budaknya?” soal Ikmal
dengan nada yang
berubah serius.
“Hmmm...” balasan
dari Arissa umpama
puting beliung yang
menggoncang dada. Rasa
sakit hati pula.
Kenapa Arissa tak
cakap ‘tak hensem’
atau ‘abang lagi
hensem’ ke?
“Bahaya tu.
Biar abang jadi driver
Rissa.” Di saat
itulah timbul satu
idea. Ingin selalu
berdamping dengan Arissa.
“Eh! Tak
payahlah susah-susah sampai
begitu. Rissa ni
boleh jaga diri.”
Arissa menolak ideanya
mentah-mentah. Geram pula
Ikmal. Habis tu,
nak sentiasa dikacau
budak itukah?
“Tak susah
pun...” Ikmal mencebir.
Apalah susahnya kalau
menghantar dan mengambil
Arissa?? Nanti kalau
mereka menikah pun
begitu jugalah rutinnya.
Eh? menikah? Kau
tak pernah fikir
sejauh ini, Mal!
“Tak susah
sekali pun, Rissa
malas nak menyusahkan
hati sebab rasa
diri ni menyusahkan
orang.” Jawab Arissa.
Masih dengan pendiriannya.
Ikmal menarik nafas.
Arissa budak lagi...
sabar Ikmal. Lagi
pula, siapalah suka
kalau menyusahkan orang?
Dia kena faham
letak duduk masalah
Arissa.
“Abang nak
tolong aje... kata
tak selamat.”
“Sebab itu
Rissa nak cepat
belajar kick.” Arissa beralasan.
Bukannya sebab itu
pun. Sebab dia
tak sabar sangat
dah sebenarnya nak
belajar kick dan sebagainya.
“Besok, kalau Rissa
dah handal gunakan
siku, abang ajarkan.”
Ikmal bersuara. Arissa
tersenyum. Jeratnya mengena.
“Betul?” soal
Arissa.
“Ya, betul
Rissa. Apa saja
untuk Rissa.” Jawab Ikmal
sambil menayang sengih.
“Thanks,
Abang Ikmal! You’re the
best!” semakin lebar
senyuman Ikmal. Itu
yang dia mahu
dengar dari mulut
seorang Arissa. Memujinya...
“Abang tahu...
Rissa, buka dashboard tu.”
“Hmmm?”
“Ambillah tu. Ankle
support dan hand wrapping.
Abang belikan. Rissa
tak ada equipment lagi
kan? Glove, ambil kat
belakang.” Kata-kata Ikmal
itu bagaikan cahaya
terang yang menyuluh
muka Arissa.
Laju dia
berpaling ke belakang.
Dah lama dia
mengimpikan untuk ada
glove sendiri tapi
memikirkan harga yang
agak mahal, tak
mampu dibelinya, dia
tahankan dulu niatnya.
Tak sangka Ikmal
begitu baik hati
sanggup memberinya secara
percuma. Eh, betul
ke?
“Percuma?”
“Ye...” jawab
Ikmal.
“Pink?”
Arissa kurang gemar
warna pink sebenarnya.
Tapi... disebabkan ianya
hadiah daripada Ikmal,
dia terima sajalah.
“Feminin...” jawab
Ikmal sepatah sambil
mengerdipkan mata. Arissa
rasa mahu melompat
ke awan. Gembira
teramat sangat kerana
dia mempunyai peralatannya
yang tersendiri.
“Thank
you, abang!” dia
menumbuk angin berkali-kali
dengan kedua belah
tangannya. Gembira sangat.
Tersenyum Ikmal melihatnya.
Macam budak-budak. Mujur
memang budak.
“Ya... Berlatih
elok-elok ya. Minta
Abang Pijoi tolong
ajarkan cara-caranya.” Pesan
Ikmal. Arissa angguk
berkali-kali dek kerana
teruja. Ikmal tahan
gelak. Dah macam
ada spring kat
leher dah. Itulah perasaan
dia pertama kali
dapat glove sendiri... memang
dia cukup faham
perasaan Arissa.
“RISSA, awak
nak ke mana?
Saya perasan, lepas
habis kuliah sesi
petang, mesti awak
tergesa-gesa nak balik.”
Arissa nyaris terloncat
bila terdengar suara
garau Zakwan. Dia
terhenti melangkah.
“Zack!” terluah
nama itu di
bibirnya. Lelaki itu
tersenyum manis. Arissa
bukan tak tahu
yang Zakwan macam
ada hati dengan
dia. Kadang-kadang, sampai
tak selesa dia
direnung Zakwan. Tapi
mujurlah Zakwan ni
baik, mudah membantu.
“Sayalah. Kenapa
awak terkejut sangat
ni?” soal Zakwan
curiga.
“Eh, tak
ada apa-apa.” Termalu
sendiri Arissa.
“Arissa, awak
nak ke mana?”
“Saya nak
baliklah.”
“Awak jangan
nak tipu saya. Saya tahu
awak bukan balik
ke rumah terus.
Minggu lepas saya
ikut awak. Awak
ke Ikmal Fitness
Gym. Awak buat
apa kat situ?
Jumpa boyfriend ye? Apa
dalam beg tu?
Pakaian lebih?” soalan
Zakwan yang berbaur
tuduhan itu menyebabkan
Arissa berkerut kening.
Tuduhan yang berbaur
penghinaan.
“Eee, stalker gila
awak ni.”
“Saya cuma
curiga aje. Takut
kalau awak buat
benda tak senonoh...”
semakin meluat Arissa
mendengarnya. Apa kaitan
dengan Zakwan? Pergi
ke gym pun
salah ke? Mentanglah
dia perempuan. Ada
lagi lelaki berfikiran
begini.
“Eh! Saya
ke sana belajar
muay thai okey?
Dengan kawan baik
abang ipar saya.
Dalam ni ada glove
saya. Awak jangan
nak menuduh, kang
saya tinju baru
berakal.” Arissa meninggikan
suaranya. Terdiam Zakwan
yang dimarah. Dia
lega yang itu
semua salah faham
saja.
“Oh... best tak
Rissa belajar muay
thai?” tiba-tiba dia menyoal tanpa
memperdulikan amarah Arissa.
“Bestlah...” jawab
Arissa sepatah. Layankan
sajalah. Sebenarnya kalau
boleh, dia malas
nak beritahu pada
rakan-rakannya bahawa dia
sedang belajar Muay
Thai. Hanya Liza
sahaja yang tahu
tentang itu.
“Patutlah tengok
badan dah fit
sekarang.” Zakwan berkata
sambil tersenyum. Bukannya
pandai nak minta
maaf bila dah
menuduh. Bentak hati
Arissa.
“Zack, awak
jangan bagitahu kawan
kelas kita eh,
pasal ni?” Arissa
meminta Zakwan untuk
berkompromi. Zakwan mengangguk.
“Dengan syarat,
biar saya hantar
awak pergi ke
sana hari ni.
Saya nak tahu
juga macam mana
tempatnya.” Pinta Zakwan.
Arissa mengeluh. Dia
mana suka naik
kenderaan dengan lelaki.
Lainlah kalau Ikmal.
Ikmal boleh dipercayai.
“Arissa, awak
jangan risau. Saya
tak berani nak
apa-apakan awak. Awak
ada muay thai.”
Zakwan bagai tahu
apa yang bermain
di fikiran Arissa.
Arissa mengeluh. Takkan
dia nak mengaku
yang dia baru
lagi belajar basic? Memang
nak mampus?
Heishhh.. Kacau daun la zakwan ni ><
ReplyDelete