MATAKU berat
untuk dibuka. Tetapi
silau cahaya semakin
galak memedihkan mata.
Aku cuba menggeliat
tetapi tubuh rasa
ditindih dengan benda
berat. Aku meraba-raba
tangan ke perut.
Ada tangan lain
yang memelukku. Suamiku
agaknya. Eh? Aku
mana ada suami!!!
Cepat-cepat aku
celikkan mata. Wajah
Fir begitu dekat
dengan wajahku. Hampir
seinci saja jarak
kami. Bibirku mula
terketar-ketar.
“Syaitan! Bangun!”
pekikku kuat bersama
air mata.
Mungkin akibat
terkejut dengan jeritanku,
dia tercelik. Kaki
yang menghempap betisku
dialih. Dia terpinga-pinga melihat
keadaannya sendiri yang
tidak berbaju. Kemudian
dia tenung dada
aku yang sudah
aku tutup dengan
kain selimut ini.
“Kenapa kau
buat aku macam
ni? Apa salah
aku dengan kau?”
tangisku. Dia menggosok-gosok mata.
Kening berkerut-kerut. Tanpa memperdulikan
dia yang tidak
berpakaian itu, dia
bangkit. Kepala digaru-garu,
seluar disarung. Aku
memandang ke tempat
lain.
“Kenapa mesti
aku yang jadi
mangsa kau? Kenapa
tak awek-awek kau
yang lain. Fir? Aku tak
pernah kacau hidup
kau. Kau tak boleh
ke tengok aku
tenang?” tangisku lagi.
Tiba-tiba rasa
hidup aku musnah.
Angan yang aku
bina musnah. Aku
nak memegang gelaran
anak dara pada
hari perkahwinan aku
nanti. Sekarang semuanya telah
tiada. Aku begitu
yakin sekali. Aku
dapat rasakannya.
Dia yang
hanya berseluar itu
merenung aku. Mulut
masih diam. Dia
memandang aku dengan
penuh simpati. Kenapa
perlu pandangan itu
kalau dia sendiri
yang merosakkan aku? Kemudian, dia
duduk di atas
katil. Kepala digaru-garu
lagi. Keluhan dia
lepaskan.
Kedua tapak
tangan diraup ke
muka.
“Lana, I
mintak maaf. I...”
tiba-tiba pintu diketuk.
Dia terhenti bersuara.
Aku sudah cemas!
“KENAPALAH kau
buat malu muka
mak macam ni?
luluh hati mak
dengar berita tu,
Lana!” mak aku
menangis. Aku hanya
tertunduk merenung tangan.
Air mata sudah
tiada lagi untuk
kuhamburkan. Aku dah
penat bercerita. Semuanya!
Fir memang binatang!
Letih aku
membuat penerangan, alih-alih
tangan mak memukul
aku. Katanya dia
tak pernah besarkan
anak macam aku.
“Saya yang
salah. Dia tak
sedar malam tu.
Saya yang salah.”
“Dia tak
sedar? Dia mabuk
ya? Dah pandai
ha sekarang nak
minum air kencing
syaitan! Aku tak
beranakkan anak syaitan!”
mak menunjal kepalaku.
Aku terus tertunduk
dan menangis. Mak
layan aku bagaikan
memang salah aku.
“Mak cik,
berhenti! Sebenarnya, saya
yang letak ubat
dalam air dia.
Saya ajak dia
keluar malam tu.
Saya yang salah.
Saya yang perangkap
dia. Saya rasa
tercabar bila dia
tak layan saya.
Saya minta maaf.
Dia langsung tak
salah. Izinkan saya
bertanggung jawab pada
dia.”
Mendengar saja
kata-kata itu keluar
dari mulutnya, terus
aku bangun, mug
aku lemparkan ke
muka dia. Tak
sempat mengelak, bawah
mulutnya sudah berdarah!
Darah mengalir agak
banyak. Aku menerjah
dia. Kaki, tangan
semua aku gunakan
untuk membelasah dia.
Aku nak dia
mati! Dia tak
mengelak. Hanya membiarkan
saja.
Abangku memelukku
dari belakang. Kuat.
Semakin teruk aku
menangis.
“Aku benci
kau Fir! Sumpah,
aku benci kau!”
“Kau orang
dah menikah, baru
sekarang kau nak
beritahu aku pasal
ni? Jantan apa
kau ni pergunakan
anak dara aku
untuk kepentingan diri
kau sendiri?” suara
abah menaik. Aku
sudah melurut ke
lantai.
“Saya terlalu
inginkan dia pak
cik. Saya minta
maaf. Tapi pihak
agama Islam yang
datang tu bukan
rancangan saya, pak
cik. Tak ada
dalam rancangan saya.
Saya cuma nak
benda ni jadi
rahsia dengan Lana
supaya dia terima
saya dan bincang
perkara ni dengan
keluarga pak cik.
Saya memang tak
ada niat nak
malukan diri sendiri
dengan cara begini...”
Abah urut dada
mendengar pengakuan Fir.
Mak pula sudah
menangis. Tiba-tiba kepalaku
mak usap.
Mungkin mak
rasa bersalah sebab
dah tuduh aku.
“Aku haramkan
kau jumpa anak
aku!”
“Tapi dia
dah jadi isteri
saya...”
“Kalau kau tak nak ceraikan dia, aku nak
suruh dia ceraikan
laki macam kau! Kau tunggulah surat.”
AKU termenung
panjang. Pelik. Aku
masih lagi bergelar
isteri Fir walaupun
dah hampir dua
bulan perkara tu
berlaku. Kenapa dia
tak ceraikan aku?
Dia dah dapat
apa yang dia
nak. Aku tau
dia sekadar nak
merasa madu aku
dan kemudian meninggalkan
aku.
Tiba-tiba aku
rasa ada sesuatu
yang tak kena.
Takkanlah dia semudah
itu nak mengaku
yang semua tu
salah dia? Walaupun
tak rela, tapi
aku kena imbau
balik apa yang
berlaku sebelum malam
itu.
Kalau betul
salah Fir, kenapa
pulak dia mengaku
dia ajak aku
keluar malam tu?
Padahal aku keluar
dengan Jihan. Dan
kalau ikutkan, ada
Awie yang aku
menyampah gila tu tiba-tiba tumpang
semeja sebab dia
nak minta maaf
pasal selalu cari
gaduh dengan aku.
Macam mana aku
boleh end up
di katil bilik
Fir?
Peristiwa itu
perlahan-lahan aku kenang.
“JOMLAH keluar.
Boringlah kau ni.
asyik nak masak
aje. Aku nak
makan masakan luar
pulak. Bukanlah aku
tak suka kau
masak tapi... tengah
berduit ni teringin
pulak nak makan
dekat kedai kita
selalu lepak dulu.”
Jihan merungut.
“Aku takde
duit sekarang... kau
bolehlah. Gaji pinjam
dapat.” Aku mencemik.
“Alah, aku
belanja kaulah. Setakat
dua puluh ringgit
tu apalah sangat.”
Jihan berkata dengan
lagaknya. Dia tak
tahu dua puluh
ringgit tu cukup
bermakna dalam hidup
aku.
“Sejak bila
kau jadi pemurah
ni babe?”
“Sejak
aku berkawan dengan
kaulah, Lana...” dia
menjulingkan matanya ke
atas.
Dulu aku
fikir memang dia
tak ikhlas berkata-kata
sebab dia selalu
berbual dengan aku
dan buat muka
meluat. Tapi rupa-rupanya
memang cara dia bercakap macam
tu. S ebab
itulah ramai orang
salah sangka pada
dia.
“Tunggu aku
bersiap boleh?”
“Ambillah masa
lama pun tak
apa. Pakai lawa-lawa...”
aku menjelingnya.
“HAI Lana!”
seorang lelaki melambai-lambai ke
arahku.
“Kenapa kau
tak cakap dia
ada sekali kat
sini?” aku mengherotkan
mulut mengutuk dengan
suara paling perlahan
walaupun aku tahu
yang Awie tentu
perasankan air mukaku
yang menyampah dia
ada sekali.
Dia hanya
senyum.
“Duduklah. Lana,
Awie ada benda
nak cakap dengan
kau.” Jihan berkata.
Tiba-tiba Awie
tertepis sudu dan
garpu lalu jatuh
berdeting ke lantai.
Spontan, aku dan
Awie tunduk, mengutip
sudu dan garpu
itu.
“Lana, dekat
dagu awak ada...”
tangan Awie mencuit
daguku. Aku terus
duduk tegak di
atas kerusi.
“Sorry. Ada something tadi.”
“Tak apa.”
Aku terus menarik
muka masam. Aku
tak suka orang
sentuh aku sesuka
hati.
“Saya cuma
datang sini sebab
nak minta maaf
pada awak aje.”
“Pasal apa?”
“Semua yang
saya dah buat
dekat awak. Saya
kena pergi dekat member.”
Awie bangkit. Dia
tersenyum pada Jihan
di sisiku.
“Kejap eh?
Aku panggil dia ke sini
tadi sebab ada
benda nak cakap
dengan dia. Alih-alih
aku lupa.” aku
angguk. Jihan bangkit
berjalan ke arah
meja Awie.
Dia bersama
seorang lelaki yang
duduk membelakangi meja
kami. Tiba-tiba Jihan
duduk di hadapan
lelaki itu. Mereka
berbual agak mesra
sehinggalah sudu dan
garfu terjatuh ke
lantai.
Ah! Buat
apa aku tengok
diorang? Aku mengalihkan
mata ke tempat
lain. Minuman, aku
habiskan.
“KEPALA aku
pening sangat ni...”
aku mengadu sambil
memicit kepala. Wajah
Jihan berkerut-kerut memandangku.
“Kenapa? Migrain
ke?” Jihan menyoal.
Aku angguk.
“Migrain sakit.
Yang ni rasa
pening, macam dunia
sedang berputar. Jihan.
Aku tak boleh drive.”
Jihan membantu memapah
aku ke kereta.
Setelah aku bersandar
ke kerusi di
tempat duduk penumpang,
Jihan bersuara.
“Kau duduk
dalam dulu. Aku
nak pergi ambil
rokok aku. tertinggal.”
Bagi perempuan yang
merokok macam Jihan,
memang rokok itu
umpama nyawa mereka.
Aku angguk perlahan-lahan. Mataku
perlahan-lahan terpejam.
SEKARANG aku
rasa aku tahu
kerja siapa. Dia
gunakan taktik yang
sama untuk meletakkan
sesuatu ke dalam
minuman aku. Kalau
lelaki itu Fir,
tentu Fir juga
diperangkap! Tapi kenapa
Fir mengaku dia
perangkap aku? Aku
kena jumpa dengan
Fir dulu. Nak
tak nak memang
aku kena jumpa
dengan Fir dulu.
“Fir ada?”
soalku setelah pintu
pagar dibuka oleh
seorang wanita separuh
abad.
“Siapa ni
ya?”
“Err.”
“Lana?” sapa
satu suara. Serentak
itu aku berpaling.
Dia tersenyum. Aku
lihat ke bawah
mulutnya. Berparut. Tentu
parut aku campak
mug itu hari.
“Lana ke
ni? Mak Fir...”
dia memperkenalkan diri.
Agak-agaknya dia tahu
tak yang anak dia tu
laki aku?
“Mak cik.”
Aku tunduk hormat.
Salam cium tangan.
Kalau aku tak
tanya pada Iddin
tadi memang tak
dapatlah aku alamat
rumah Fir. Iddin
kata Fir duduk
di rumah keluarganya
sudah lebih sebulan.
“Dah jadi
menantu nak panggil
mak cik lagi?”
suara emak Fir
menegur. Aku terkejut.
Tapi melihat dia
hanya tersenyum aku
ikut tersenyum. Pelik,
dia tak marah
aku ke?
“Saya ada
benda nak bincangkan
dengan Fir.”
“Mak tau.
Eloklah berbincang di
dalam.” Mak Fir
bersuara. Aku angguk.
Fir aku pandang.
Dia masih senyum.
“Erm...” aku
tak selesa pulak
nak berbincang macam
ni. Semua mata
pandang aku. Tak
sangka Fir ada
adik-adik perempuan. Fir
pun nampak kurang
selesa bila semua pandang aku dan dia silih
berganti. Fir bangkit,
dia menarik tanganku
ke tingkat atas,
ke dalam satu
bilik.
Kenapa pulak
dia nak culik
aku ni?
“Jangan curi
dengar.” dia keluar
dan berpesan kepada
adik-adiknya di bawah.
Pintu ditutup.
Dia bersandar sambil
memeluk tubuh ke
belakang pintu. Dan ya,
dia sedang tenung
aku. Aku gugup.
Resah pula bila
berdua-duaan di sini. Mata memerhati
sekitar biliknya. Tak
kemas. Biasalah bilik
lelaki. Payah nak
jumpa lelaki kemas
ni. Ringan aje
rasanya tangan ni
nak tolong kemaskan.
“Betul ke
semua yang terjadi
dulu memang awak
yang rancang?” soalku
tiba-tiba sebaik saja
terpandang katil.
“Dah you
fikir macam tu.”
tenang.
“Saya nak
tahu, betul ke
tak?” aku bertegas.
Fir menarik nafas
dalam. Dia berjalan
menghampiriku dan duduk
di atas katil.
“I tak
tahu siapa punya
kerja.”
“Tapi kenapa
awak mengaku salah
awak?”
“Malas nak
rumitkan keadaan.”
“Tak rumitkan
keadaan? Sekarang ni
apa?”
“Look,
I lelaki yang
ada satu prinsip.
Kalau you kata
I salah, so
I salah. That’s it. Kebenaran
apa semua tak
penting lagi. I
tak suka menafikan
sesuatu dan berakhir
dengan, you still
anggap I yang
salah. Sia-sia.”
“Why?”
diam tak berkutik.
Dia ni memang
tak banyak cakap
ke apa? Kalau
dengan perempuan lain,
ligat sungguh aku
tengok. Setiap hari
bertukar pasangan. Dengan
aku mati kata
pulak dah?
“Why?
Kenapa awak mengaku
salah awak?” aku
tekan. Dia menjelingku.
Nafas ditarik dalam.
“I tak sampai hati
nak tengok mak
you terus pukul
you.” Dia tunduk.
Tiba-tiba aku rasa
tersentuh. Sebab itu? Bila
dia
mengaku, aku yang
macam orang gila
membelasah dia. Kesiannya.
Padahal dia nak
lindung aku.
“Awak tahu kerja siapa?”
“I tak
nak syak sesiapa. I
malas nak fikirlah
semua ni, Lana.
Benda ni bukan
buat otak you
aje sakit. Otak I pun.
I ada adik-adik
perempuan yang I
takut sangat masa depan
mereka sama macam
kita sekarang. I
ada mak ayah
nak kena jaga
air muka.
Memang I
anak yang nakal
di belakang mak
dan abah I.
Tapi selama ni
tak pernah sekali
pun dalam hidup
I akan tertangkap
macam tu. Kalau
betul I yang
usung you tak
apalah juga.” Huh,
dari ayat memang
dia mengaku dia
usung banyak anak
orang tu.
Sebab itulah
aku bencikan dia.
Bila dia nak
mengayat aku, aku
asyik tak layan.
Jadi dulu aku
memang percaya salah
dia. Tapi bila
fikir logik... kenapa
pula dia mengaku
sampai tahap itu?
Dan kalau betul
dia nak balas
dendam, kenapa dia
tak pernah hantar
berita nak ceraikan
aku? Playboy terulung
berkahwin di usia 27 tahun?
Memang menipu! Playboy
akan akhiri zaman
bujang mereka ketika
berusia 30 tahun
ke atas, okey?
Fakta!
“Saya syak
Jihan dengan Awie. Diorang
pun
bukan main rapat lagi. Asyik
berbalas isyarat mata
saja.” Aku mengadu.
“Awie tu best
friend I. Takkanlah...”
tiba-tiba Fir diam. Lama. Macam ada
sesuatu yang difikirkan.
“Kenapa?”
“I pernah
‘pakai’ bekas girlfriend
dia.” dia beritahu
setelah lama mendiam.
Mataku terbuntang.
“Eeeyu! How disgusting.” Aku menjelirkan lidah.
Awie tu sendiri
aku tahu macam
mana perangainya. Dan
kalau Awie dah
pakai, lepas tu
dia pula pakai.
Memang menjijikkan betul!
“Tapi waktu
tu mana I
tau perempuan tu
ex dia.” Fir
berkata sambil mengeluh.
Hee, kenapalah hidup
dia boleh bebas
sangat ni?
“Lepas ni
nak pakai yang
mana pulak?” aku
menyindir.
“You ajelah
the only
option left. Since
I
dah ada you.”
“Gila!” Aku
mendengus. Dia tersenyum
saja. Hambar.
“KENAPA kau
buat aku macam
ni Jihan?” aku
menyoal Jihan. Dia
berkerut pelik.
“Buat apa?”
“Kau jangan
buat tak tahu.
Kenapa kau perangkap
aku dengan Fir?
Kau kan tahu
aku tak suka
dia?” aku menyoal
geram. Jihan tergelak.
“So macam
mana hidup dengan
dia? Seronok tak
pakai bekas orang
lain?” soal Jihan
sambil tergelak-gelak.
“Kenapa kau
buat aku macam
ni?”
“Sebab aku
tak suka kau. Simple.
Aku sakit hati
dengan kau. Kau
buat boyfriend aku tergila-gilakan kau.
Kau memang celaka.
Sebab itu aku
buat macam ni. Biar kau
hidup dengan lelaki
yang kau tak
suka.” Dia memeluk
tubuh.
“Kau tu
yang celaka!” serentak
itu penamparku dia
rasa. Terteleng mukanya
ke tepi.
“Aku tak
kenal pun siapa boyfriend kau!”
“Fendy! Dia
dah hampir sangat
nak jadi boyfriend aku.
Tapi kau muncul!
Kau pudarkan rasa
suka dia pada
aku.” Fendy? Bukanlah
boyfriend dia
pun! Hampir saja.
“Minta maaf
sikit! Aku tak
kenal lelaki nama
Fendy!” aku mengamuk.
“Dia yang
selalu duduk sendirian
kat dalam bilik
seminar tu. Semenjak
kau muncul, dia
langsung tak benarkan
aku duduk sebelah
dia lagi.”
“Lagilah aku
tak kenal!” Aku
mengamuk.
“Sebab tak
kenallah aku kena
bertindak cepat.” Tanpa
rasa bersalah dia
bersuara. Eee, kalau
ada lesung batu,
memang aku lumatkan
mulut dia.
“Kau ingat
aku masuk bilik
seminar sebab nak
cuci mata macam
kau ke?” aku
memarahinya lagi. Dia
hanya menarik muka
masam. Kalau ikutkan,
aku nak muka
dia hancur dengan
pukulan mautku. Sabarlah
hati.
“Biarlah. Lagi satu,
Awie pun tak
suka kau. So, dia
rasa sesuailah korang
digandingkan. Dua-dua sama
perampas!” eh eh,
bila masa entah
aku merampas hak orang lain?
Aku menarik nafas
dalam. Memang kerja
dia orang berdua!
“Cari kerja
berfaedah sikit. Hati
tu jangan busuk
sangat. Sampai ke
luar bau! Aku
harap nanti kena
kat batang hidung
kau sendiri! Terima
kasih sebab dah
perangkap aku! Tak
ada apa yang
dapat aku bantu
untuk orang macam
kau ni selain
berdoa. Berubahlah cepat.
Sampai mati pun
aku takkan maafkan
kau!” Aku terus
meninggalkan dia.
Memang aku
takkan jejakkan lagi
kaki ke sini.
Aku rela upah
orang suruh angkut
barang-barang aku keluar
dari rumah sewa
ini daripada aku
menghadap muka dia.
“BETUL kan
sangkaan you?” soalnya
sebaik saja aku
menerobos masuk ke
dalam kereta. Aku
angguk. Air mata
merembes-rembes menuruni pipi.
Fir menarik handbreak.
Baru dia nak
reverse tapi dia
batalkan niat.
“Come.”
Dia mendepakan tangannya.
Aku tak ada
pilihan lain selain
terus memeluknya dan
menangis hampa.
“Saya ingatkan
dialah kawan baik
saya selama ni.”
“Yeah
me too.”
“Awak dah
tanya Awie?” aku
mendongak. Tiba-tiba jadi
kekok bila kami
serapat ini. Dia
tatap mata aku
dan mengangguk. Wajahnya
hampa sekali.
“Dia marah
sebab yang I
cakap itulah. Sampai
sekarang dia berdendam.
Dia tunggu masa
yang sesuai nak
kenakan I. Then... hmm
that day happened.
Mungkin ada hikmah
semua ni terjadi.
You tak nak
report polis ke?”
“Tak payah
nak panjangkan kes
ni. Sampai satu
masa nanti, biar Allah
aje
yang balas.” Aku mengesat
air mata. Mulai sekarang,
aku tak pernah
kenal sesiapa bernama
Jihan.
“Saya minta
maaf sebab awak
yang tanggung semua
ni.”
“I dah
maafkan.”
“So kita
macam mana?” soalku.
Tiba-tiba dia senyum
nakal. Eh, dah
kenapa dia ni?
“Cause
I really always
knew that my
little crime, would
be cold that’s
why I got
a heater for your thighs...” tiba-tiba
dia menyanyi dan
mengerling ke ehemnya.
Aku tampar bahu
dia.
“Apa tak
senonoh sangat lagu
tu?” Amukku. Dia
tergelak.
“A Little
Piece Of Heaven!
You takkan tak
pernah dengar? Kolotnya!”
kutuk dia selamba
dalam gelak. Memang
aku tak pernah
dengar lagu tak
senonoh begitu. Dia
tergelak lagi macamlah
lucu sangat.
“I kumpul
duit nak kahwin
bagai nak rak.
Sekali I dapat
kahwin secara percuma.
Good. Lepas
tu, dapat pulak
bini cantik yang
I dah lama
usyar. Great. Lepas tu
kita dapat tahu penjenayah sebenar,
totally satisfied! So,
I nak celebrate. Jom kita celebrate!”
“Awak, awak
nak nakal, biar
awak sorang-sorang aje.
Jangan libatkan saya.”
aku mendengus. Inilah malangnya
kalau dapat suami
perangai sakai macam
ni.
“Payah!”
“Saya tak
sukalah. Club bagai.” aku
merungut.
“I nak celebrate dengan
you. I ada
siapa lagi? Awie?”
sinisnya.
“Saya tak
pergi tempat-tempat macam
awak pergi tu.”
aku sudah mula
nak menangis.
“Celebrate kat
biliklah. Apa you
ingat lepas I
nikah dengan you,
I teringin lagi
nak ke sana?”
“Huh?”
“Apa huh?”
“Awak tak
rasa ke yang
kita patut akhiri
hubung...”
“No.
Not a chance.”
“Eh kenapa?”
“Punyalah susah
nak dapat you.
Sekali you nak
suruh I lepaskan
you? You think I’m
that stupid?” soalnya.
Hish.
“Saya tak
fahamlah dengan awak
ni Fir.”
“Hello
lady, I punya
mata ni nak
buta asyik kena
kerlingan silau you tu setiap
hari... boleh you
kata you tak
faham? Buat apa
selama ni I
terhegeh-hegeh buat muka
tak malu nak
dekat dengan you? Lepas
dah dapat, I
kena lepaskan pulak?
No! Nak-nak
I dah sentuh
you.” Tiba-tiba rasa
bahagia bila dia
cakap begitu. Tak
tahu kenapa.
“Awak dah
sentuh banyak perempuan.
Saya tak naklah...”
“Oh, you got
problem with that
huh?”
“Mestilah!”
“Kalau I
lepaskan you pun
siapa yang nak kat you?” ejeknya. Heee,
memang sakai betul
dia ni!
“Fir...” tiba-tiba
bibirnya melekat di
bibirku sekali gus
mematikan kata-kataku. Aku
terkelip-kelip memandang matanya
yang terpejam. Dia
jauhkan jarak.
“You tak
rasa apa?” soalnya
dengan kening terangkat.
Aku geleng. Terkejut.
Itu aje yang
aku rasa.
“Okey kita try.
Sekali lagi. Kalau
you tak rasa
apa-apa, I...”
“Awak akan
apa? Lepaskan saya?”
“No
lady, I akan
buat sampai you
rasa sesuatu.” Dia
menghidupkan enjin kereta.
Handbreak diturunkan.
“Tadi kata
nak try?” eh? Asal
gatal pulak mulut
ni nak bertanya soalan
tu?
“I tahu
you tak sabar.
I lagi tak
sabar. I nak
drive ke rumah
sebab kat rumah
I boleh try
banyak kali.” dia
tersenyum. Telefon bimbit
dikeluarkan dari poket
dan mendail satu
nombor. Kemudian, telefon
itu diletak ke
telinga.
“Mak... hari
ni Fir tak
balik. Nak dating. Tak...
dengan bini Fir
la. Buat apa
ada bini? Kan Lana?” dia mengerling
ke arahku.
“Gila!” aku
merengus. Dia ketawa.
“Dia malu.”
Eh eh! Masa bila
entah aku malu?
“I
think you should
call your ma.”
Dia menghulurkan telefon
selesai bercakap dengan
maknya.
“Kita nak
ke mana?”
“Call
ajelah cakap you ada dengan I.
Kita tak balik.
Done.” Fir
mendesak.
“KENAPA kita ke
sini? Rumah siapa
sebenarnya ni?” soalku.
Inilah tempat aku
ditangkap berkhalwat dulu. Gila
apa
nak suruh aku
pergi ke sini
lagi? Mimpi ngeri
aku ni.
“Rumah kitalah.”
“Huh?”
“Masuk ajelah.
Jangan banyak tanya.
I pening. Satu
je ubat pening
I. You.” Dia mengheret
aku masuk ke
rumahnya. Di ruang
tamu. Barulah hari
ni aku boleh
teliti rumahnya. Tak banyak
perabot pun. Orang bujang
kan? Entah-entah dia
sewa rumah ni
memang dah siap
sedia dengan perabot.
“Tak fahamlah...”
“Kan you
pernah masuk?” dia
menjelingku sekilas.
“Saya ingat awak menyewa
dengan kawan-kawan.” aku
merengus. Memang dengarnya
dia menyewa dengan
kawan-kawan. Waktu peristiwa
tu terjadi, kawan-kawan
dia tak ada
kat rumah.
“I menyewa
dengan Awie. I
tendang dia keluar.
Dia nak buat
apa duduk sini
lagi? I bawa
you masuk. Simple.” Selamba
saja jawapannya.
“Tak fahamlah...”
“Asyik-asyik dengan
tak fahamlah you
tu. Tengok sini! Tadi kata
nak try.” dia merenung
wajah aku. Dalam.
Gulp.
Tangannya mula
mengelus pipi aku.
Bulu roma dah merinding.
Tangannya singgah di
leher aku. Lembut
dia mengusap leher
aku. mataku mula
terpejam.
Tiba-tiba bibirku
basah. Memang good kisser.
Jantung macam nak
loncat keluar. Aku buka
mata. Tiba-tiba ternampak
bayangan dia cium
perempuan lain. Argh! Bibir
tu
dah merasa banyak
perempuan!
“Mesti awak
buat macam ni
dengan semua perempuan.”
Aku menolak tubuhnya
ke belakang. Dia
kepal penumbuk.
“Haruslah, you
bukan tak kenal I.”
“Hantarkan saya
balik.” Aku tiba-tiba
jadi sebak. Aku tahu
perangai dia begitu.
Tapi kenapa dia
tak nak sedapkan
hati aku langsung?
Cakaplah yang dia dah berubah
atau apa...
“I tak
nak.”
“Fir...”
“You jangan
panggil I macam
tu. You tengok
ni! Dah meremang.”
Dia menunjukkan bulu
tangannya yang sudah
meremang itu.
“Fir...” panggilku
lagi. Dia sudah
menggosok-gosok lengannya. Menjatuhkan bulu
roma yang meremang
dengan kalut.
“Dengar sini
baik-baik. I mungkin
playboy tapi I
cakap ni dengan
you aje. Ditekankan,
YOU SAHAJA. I
love you. I sayangkan
you. I tak
nak you ungkit
kisah silam I.
I takkan minta
maaf dengan you
tentang kisah silam
I. Sebab semuanya
dah berlalu. I bukan
boleh putar balik
masa dan ubah
semuanya. I cuma
nak you beri
I peluang untuk
buktikan pada you
kasih sayang I.” Aku terundur
beberapa tapak bila
dia menapak mendekatiku
sehinggalah kakiku terlanggar
sofa. Aku terduduk.
Dia melutut
di hadapanku. Renungan dia...
“You jangan
ingat I nak
lamar you pula.
Kita dah kahwin.”
Aik? Aku tak
cakap apa-apa pun.
“Dah tu
kenapa melutut?”
“Senang sikit
I nak...” tanpa
cakap banyak, dia
tarik kepala aku
dengan kedua belah
tangannya. Mataku terpejam.
Dia ni memang
pandai menggoda! Patutlah
ramai yang tewas
dengan dia!
“Fir...” berat keluhan
yang dia lepaskan.
“Sekali lagi
you panggil I
macam tu...” dia
menghentikan kata-katanya dan
segera menggosok lengannya.
Bulu roma dah
meremang.
“Awak memang
macam ni ke?” soalku.
“Macam mana?”
“Meremang macam
tu?”
“Dengan you
je.” Dia duduk
di atas lantai,
dan berpaling membelakangiku.
“I tahu
I tak sebaik
lelaki yang you
harapkan untuk dijadikan
suami. I tahu,
you mesti harapkan
bakal suami yang
ala-ala ustaz, boleh
bimbing you...” tidak
sama sekali! Tapi seronok
juga bila tengok
dia merendah diri.
Bukan senang.
“Tahu pun.”
“I sedar...
I tak sebaik
Roslan.” Kening aku
terjungkit.
“Siapa Roslan?”
“You tak
tahu nama dia?”
“Siapa?” aku
memang fail nak ingat
nama rakan sekerja.
Aku ingat Fir
pun sebab dia
kacak, tentunya. Lagi satu
sebab dia Assistant
Manager yang suka
buli aku. Katanya
nak berlama dengan
aku, sebab itulah
dia bagi list
yang panjang untuk
aku siapkan. Mengarut!
Dan
aku
kenal Awie sebab
dia asyik menyendeng
macam Fir juga. Cuma
annoyingnya lebih
lagi. Dan Jihan
pun kenal dia. Yang lain,
semua pekerja perempuan
yang aku kenal.
“Budak yang
selalu duduk kat
mesin fotostat yang
duk usyar you
tu?” eh? Kenapa aku tak perasan
yang ada budak
nama Roslan duk
usyar aku?
“Hish, kenapalah
saya perlu dengar
nama lelaki yang
saya langsung tak
kenal? Saya tahu
siapa dia tapi
saya tak pernah
tahu nama dia.”
aku berpeluk tubuh.
“Selama ni
I cemburu pada
orang yang salah?”
dia menyoal sambil
berpaling memandang aku.
“Nak cemburu
apa pulak?”
“Siapa lagi
suka you?”
“Eeee. Kenapalah
tanya saya soalan
ni? Saya tak
tahulah. Saya datang
kerja sebab nak
kerja. Bukan nak
menggatal macam awak
dengan Jihan.” Kan
dapat dah ‘buah’ dari aku?
“You suka
siapa?” awak. Saya
pernah suka awak.
Tapi dulu, waktu
saya tak tahu
lagi perangai awak
buaya emas macam
tu.
“Tak ada
sesiapa.” Jawabku. Dia
pandang aku pelik.
“Even
I?” soalnya. Dup!
Alah matilah aku
macam ni...
“Yes.”
Kataku yakin. Dia berpaling,
lutut dipeluk dan
badannya disandar ke
kakiku. Merajuk?
Biar betul ni?
“Tak apa,
tu semua boleh
berubah kan?” macam
nak sedapkan hati
sendiri saja dari
nada dia.
“Lepas I
kenal you, I
asyik fikirkan you.
Sampailah waktu I
bersama perempuan lain,
I nampak you.
I bayangkan you. So
that night, I
macam high sikit.
Tiba-tiba I rasa
ghairah lain macam.
Mungkin sebab ubat
yang Awie letak
tu kut? I
ingatkan I nampak
you tu, tak real.
Macam sebelum ni.
Tak sangka memang
you...”
“Urgh...” aku
terus menggeliat geli-geleman
mendengarnya. Dia bayangkan
aku? Geli!
“You jangan
risau, I tak
pernah tak pakai protection tau?
Dengan you je
kes lain sikit.
Yelah sebab kita
berdua...” BUK!!! Aku
tumbuk belakang badannya.
“Boleh tak
awak jangan sebut
pasal tu? Geli!”
“Apa yang
nak digeli? You
bini I.” Dia kembali
memandang aku.
“Saya tak
suka awak macam
terlalu agung-agungkan saat
awak bersama dengan
perempuan lain, lepas
tu bayangkan sayalah
apalah. Disgusting tahu tak?” aku
“Dah memang
betul.”
“Sakit hatilah
bercakap dengan awak
ni, Fir!” aku
membentak lantas bangun.
“Mana bilik
saya?” rengusku.
“Oh, no wonder...” dia
tersenyum.
“Apa?”
“Tak sabar
ya sayang?” dia
menarik bajunya keluar.
Gulp! Seksinya aduhai.
Pinggangku dipaut dan
dia mengheret aku
ke bilik.
“Tada...”
“Fir apa
ni? Awak duduk
jauh sikit!” aku
menghalau, tiba-tiba rasa
takut bila nampak
katil tu. Dia
memegang tanganku. Dari
jariku yang tergenggam,
kini dia buka.
Tapak tangan aku
diletakkan di dadanya.
“I tengah
berdebar gila. Boleh
tak you berhenti
tambah debaran I?”
bisiknya perlahan. Aku
diam. Alamak. Tangan
dia menggigil tiba-tiba.
“Fir?” soalku
bila melihat muka
dia pucat. Aku
dudukkan dia ke
atas katil.
“Awak okey
tak ni?” soalku.
Dia menarik nafas.
Angguk.
“You pergilah
tidur.”
“Habis awak?”
“Cepat sebelum
I apa-apakan you.”
Dia berbaring. Heee,
aku tak fahamlah
dengan dia ni!
Inilah padahnya kalau
tak pernah bercinta.
“Fir, sebab
saya ke?” diam. Tiba-tiba rasa
bersalah pula.
“Fir...” panggilku.
Aku lihat bulu
romanya meremang. Memang
dia meremang ke
bila dipanggil aku
dengan nada begitu?
Cuba lagi sekalilah.
“Ekhem...” aku
membaiki suara.
“Fir...”
“Allahu... Lana.
Tolonglah...” dia buka
mata. Keningnya jatuh.
Muka memang raih
simpati.
“Apa?” aku
nak tergelak pula
melihat dia begitu.
“Berhenti goda
I. Tolonglah...” rayunya.
Aku tergelak.
“Awak tak
bagitahu apa kena
dengan awak? Menggigil,
pucat... awak demam
ke?” soalku sambil
meletakkan belakang tangan
ke dahinya. Dia
pegang tangan aku.
Matanya tajam merenung
aku.
“You ni
bengap ke? Sebab
youlah!” dia naik
marah tiba-tiba. badanku
ditarik sehingga aku
tersembam ke dadanya.
“Asal pulak
sebab saya?” aku
cuba bangun namun
tak berjaya.
“Tak pernah
I ditolak perempuan
seteruk ini. I
rasa takut dengan
you. Puas?” soalnya.
Dia
takut
dengan aku? Tak
sangka langsung. Dengan
wajah yang dekat
itu, dapat aku
lihat dengan jelas
parut di bawah
mulutnya. Rasa bersalah
menerpa. Parut tu
muncul sebab aku. Perlahan-lahan aku
kucup parut itu.
Matanya terbuntang. Begitu
juga dengan aku.
“Jangan cakap
I... I tak...
warning you.” Dia
macam dah hilang
fokus. Dahi berpeluh-peluh. Eleh,
macam ini ke
keadaan orang yang warning
aku? Kali ini
bibirnya menjadi sasaranku.
Dia
buka
mata. Tersenyum pandang
aku.
“Saya terima
awak seadanya, Fir.” Ucapku. Dia angguk.
Bibir bergerak dengan
ucapan terima kasih
tanpa suara.
Jodoh.
SO, macam
itulah kisah kami. Fir, dah
berubah. Memang dah
berubah selepas kes
kami ditangkap khalwat
dulu lagi kata
emaknya. Fir hanya duduk di
rumah keluarganya. Mak
dia tengok dia
rajin sentuh tikar
sejadah. Dah tak
keluar malam sangat.
Balik
kerja,
terus balik ke
rumah keluarga. Kadang-kadang
emaknya pula suruh
anak jantannya keluar
dari berkurung dalam
rumah. Rasa pelik
bila anaknya yang
ligat itu berubah
laku. Takut buang
tabiat. Aku nak
tergelak mendengarnya dulu.
Kes
aku
dan keluarga aku
pun selesai. Mak memang
minta maaf sungguh-sungguh dengan
kami berdua.
Awie dan
dan Jihan pula?
Aku masih tak
maafkan diorang sebab
buat aku malu
besar. Tapi dengarnya,
mereka berdua ditangkap
khalwat di dalam
kereta. Rasakan. Tapi walaupun
begitu, aku tak
nafikan yang aku
berterima kasih pada
dia orang berdua.
Fir
berubah.
Aku pun cintakan
Fir. Biarlah masa
silam dia bagaimana
pun. Tak semua
orang sempurna...
0 komen:
Post a Comment