BAB
1
Enam
tahun yang lalu...
“ZARA...
you boleh tolong I
tak?” suara manja
Zarina menyapa Zara
dari arah belakang.
Zara yang pada
ketika itu sedang
mengibas-ngibas wajahnya dengan
sehelai kertas yang
dilipat dua akibat
cuaca panas terik
berpaling lambat-lambat menghadap
wajah ayu Zarina.
Asyik-asyik minta tolong
sahaja. Dia sudah
tidak ubah seperti
kuli batak kepada
Zarina.
Hendak mengeluh, dia
bimbang Zarina bakal
terasa hati dengannya.
Dia ke sini
untuk belajar dan
bukan mencari musuh.
Sekalipun dia sakit
hati dengan Zarina,
dia tidak akan
memarahi gadis itu.
Tetapi, bergantung kepada
kesabarannya juga...
Siapa yang tak
kenal Zarina? Dia
perempuan paling popular
di UiTM Jengka
mengalahkan artis sahaja.
Sebab apa dia
menjadi popular begitu?
Kerana dia sering
berdampingan dengan jejaka
pilihan ramai. Syed
Irsyadul Firdaus. Sebab
kedua, dia gedik
terlampau dan sebab
ketiga, dia sering
menarik perhatian dengan
menyertai pertandingan yang
diadakan oleh pihak
universiti. Pertandingan menyanyi,
dia sertai juga
meskipun suara sedap
sikit sahaja dari
suara katak panggil
hujan. Hanya dia
yang berani memalukan
diri sendiri seperti
itu, jadi tentu
sekali dia dikenali
ramai kerana sikap
‘beraninya’ yang tak
bertempat itu.
Zara sendiri tidak
tahu apa istimewanya
lelaki yang bernama
Syed Irsyadul Firdaus
itu walhal, lebih
ramai lagi lelaki
yang lebih kacak
daripada lelaki itu.
Namun tidak dapat
dinafikan oleh Zara sendiri bahawa
lelaki itu mempunyai
keistimewaannya yang tersendiri
iaitu, lesung pipit
dan senyuman manisnya...
memang tiada tandingan.
Mungkin kerana itulah
Irsyad menjadi jejaka
pilihan ramai. Pernah
sekali Zara terdengar
ada seorang pensyarah
muda yang jatuh
hati pada Irsyad.
Gila! Sebegini kuatkah
aura seorang lelaki
bernama Irsyad? Setahu
Zara, Irsyad yang
sering diperhatikan dalam
diam ini merupakan
seorang lelaki yang
sangat sombong dan
bongkak. Tidak hairanlah
jika dia digandingkan
dengan Zarina, si
gadis metropolitan yang
sombong, bongkak, gedik
dan suka mencari
publisiti.
Ada pelajar
yang kata mereka
sedang hangat bercinta.
Ada juga berkata
sebaliknya. Menurut sumber-sumber
yang boleh dipercayai,
Zarina itu bukan
kekasih Irsyad kerana
mereka belum pernah
mendengar Irsyad memanggil
Zarina dengan panggilan
‘sayang’, ‘dear’ or what-so-ever!
Tidak seperti
pasangan bercinta yang
lain. Irsyad hanya
memanggil Zarina dengan
panggilan Rina sahaja.
Namun, panggilan tidak
menentukan hubungan seseorang.
Ada juga suami
isteri yang hanya
berbahasa ‘aku kau’.
Jadi tak mustahil
bagi yang bercinta
membahasakan nama mereka.
Alasan itu tidak
kukuh untuk dijadikan
bukti bahawa merekas
berdua tidak bercinta!
Zara sendiri
pernah melihat dengan
mata kepalanya sendiri
betapa Irsyad mengambil
berat akan Zarina.
Sewaktu si Drama Queen
itu berpura-pura jatuh
sakit, Irsyadlah yang
menghantarnya ke klinik
dan mereka keluar
makan bersama-sama. Nah!
Ini buktinya! Takkanlah
mereka tidak bercinta?
Tapi, siapa
sebenarnya di hati
Irsyad? Irsyad sendiri
sudah jelas menunjukkan
sikap buaya tembaganya
apabila Zara perasan,
mata Irsyad sering
terpaku melihat seorang
rakan kelasnya yang
merupakan model sambilan
di beberapa buah
majalah. Gadis itu
merupakan sahabat karibnya
sendiri.
Shila! Shila
merupakan seorang gadis
yang sangat cantik.
Rambut panjang yang
sentiasa dibiar tidak
berikat itu benar-benar
menunjukkan karismanya. Setiap style
yang digayakan oleh
Shila bakal menjadi
ikutan pelajar di
universiti itu. Shila
memang pandai bergaya.
Bonus untuk dia!
Pernah juga
Zara terlihat Shila
dan Irsyad bertepuk
tampar. Mereka bergurau
senda di pasar
Rabu. Berbulu biji
mata Zara melihatnya.
Mujurlah Irsyad hanya crush
dia dan mujurlah
Shila itu sahabat
karibnya. Disebabkan itu,
dia hanya mampu
mencintai Irsyad dalam
diam. Kenapalah hati
dia boleh jatuh
pada lelaki yang
buaya seperti Irsyad?!
Tidak ada yang
lebih baik dari
itukah?
Memikirkan Irsyad
dan Zarina, kepala
Zara berdenyut-denyut! Dua
kali lima sepuluh
sahaja perangai mereka
berdua. Zarina juga
pernah menunjukkan sikap playgirlnya. Pantang
nampak lelaki bertubuh
tegap dan kacak,
dialah yang paling
gembira. Terkinja-kinja mengalahkan
si beruk yang
mencuri pisang. Setiap
kali dia pandang
Aiman pun begitu
juga.
Zara cukup
menyampah dengan dua
orang itu. Seorang
sentiasa perasan popular,
gedik, mengaku diri
cantik dan seorang
lagi sentiasa berlagak
macho, kelihatan
tenang sehingga menyebabkan
hatinya berdetak hebat
setiap kali bersua
muka. Entah apalah
nasib dia jatuh
cinta pada orang
yang salah!
“Eh, Zara?
Helo?” petikan jari
dengan reaksi gedik
gadis di hadapannya
mematikan lamunan Zara.
Terkejut dia melihat
wajah Zarina di
hadapannya. Kegedikan gadis
itu terserlah apabila
dia memetik jarinya
sebentar tadi. Hendak
mempamerkan riak toya,
rasanya Zara masih
belum sampai hati
lagi. Kalau kaki,
mungkin tak lama
lagi sampailah agaknya
ke muka Zarina.
Gedik amat!
“Ha? Oh! You
nak mintak tolong
apa eh?” soal
Zara dengan senyuman
plastik.
Geram memikirkan
kebodohan dirinya sendiri
yang sanggup berpanas
semata-mata untuk menyaksikan
perlawanan bola di
celah keramaian itu.
Biasalah, sebenci mana
pun dia kepada
Irsyad, namun di
dalam hatinya, dia
tetap meminati lelaki
itu. Namun, Irsyad
bukanlah tujuan sebenar
dia ke situ.
Dia ke sana
atas alasan si
abang yang menjemputnya.
Si abang bakal
beraksi di perlawanan
bola sepak itu.
Zara tahu
Irsyad bakal beraksi
dalam perlawanan itu,
jadi dia bersetuju
dan menerima ajakan
abang kesayangannya. Dua
dalam satu! Satu,
dia hendak menyokong
si abang. Dua,
dia hendak mencuci
mata memerhati Irsyad.
Bercakap tentang
Aiman barulah Zara
teringat, buat masa
ini, tiada seorang
pun yang tahu
apa sebenarnya hubungan
Aiman dengan dia di kampus
itu kerana mereka
tidak mahu menghebohkannya. Untuk
apa? Sebenarnya, masing-masing
cuba mengelakkan diri
daripada menjadi orang
tengah kepada sesiapa
yang meminati Aiman
ataupun dirinya sendiri.
Zarina minat
sungguh pada Aiman,
jadi Aiman tidak
mahu Zara menjadi
mangsa Zarina. Malah,
Aiman sebenarnya tidak
sukakan Zarina. Oleh
itu, lebih selamat
jika tiada sesiapa
yang tahu mengenai
hubungan mereka berdua.
Lagi pula, macam
tak logik sahaja
mereka hendak menghebahkan
hubungan kekeluargaan mereka
secara tiba-tiba sedangkan
tiada yang bertanya!
“Kaki I
lenguh sangat. You tengoklah
high heel
I ni tinggi
mana? You tolong
belikan I air
kat tepi sana
boleh? I haus
sangat. I nak
air oren.” Zarina
mengeluarkan arahan. Belum lagi Zara
berkata ‘okey’, dia
sudah membuat pesanan.
Zara memandang kasut
tinggi Zarina. Hampir
terkeluar biji matanya
melihat kasut tinggi
Prada gadis itu.
Satu, sebab kasut
tu kasut mahal.
Dua, sebab siapa
yang nak pakai
kasut tinggi di
tempat begini? Di
padang bola!
‘Teramatlah tinggi!’
komen Zara di
dalam hati sesaat
sahaja dia melihat
kasut setinggi tiga
inci yang dipakai
Zarina itu. Ada
ke patut? Pergi
padang ini pun
nak berkasut tumit
tinggi bagai? Gila
agaknya? Mahu terbenam
tumit halus itu ke dalam
tanah.
Eh helo, Rina!
Kita hanya nak
tengok perlawanan bola
sepak sahaja. Bukannya
kita dekat runaway show
or what-so-ever! Kita
ni dekat padang
bola dan bukannya
dekat dalam dewan
serba canggih! Dan
kita ni dekat
tengah panas terik,
tapi you pakai
macam nak masuk
pertandingan ratu cantik
sedunia itu pasal
apa? Mekap berinci-inci
tebalnya. Selalu sangat
memalukan diri dengan
berpakaian pelik seperti
ini. Menakutkan. Kalah
Amy Winehouse lagi!
‘Ya Allah,
Rina! Tak malu
ke draw attention sampai
macam ni?’ kutuk
hati Zara. Ingin
sahaja dia hamburkan
amarahnya kepada Zarina
tetapi ditahankan sahaja.
Bimbang jika tiada
sesiapa mahu menegurnya
lagi. Mulut Zara
pun bukannya baik
sangat. Brek pun
asyik tak makan!
Takut-takut nanti ada
pula kes budak
terjun bangunan membunuh
diri disebabkan kata-kata
pedas yang terbit
dari mulutnya.
Belum pun
memberi jawapan bagi
permintaan Zarina, Zarina
sudah bertindak menghulurkan
sekeping not merah
kepada Zara. Zara
hendak membuka mulut,
namun segera dicantas
oleh Zarina.
“Thanks
Zara sayang.” ucapnya
bersahaja lantas berlalu
pergi. Zara ternganga
tidak percaya. Hampir
bergolek ke tanah
biji matanya akibat
terkejut melampau. Belum
pun dia menolak
permintaan Zarina, gadis
itu telah pergi
terlebih dahulu? Ee,
memang nak kena!
Lambat-lambat Zara
melangkah ke gerai
yang dimaksudkan oleh
Zarina tadi. Perjalanan
ke gerai itu
mengambil masa hampir
lima minit. Memang
rentung betul kulit
dibuatnya. Dengan beratur
panjang lagi! Dia
membeli air yang
dipesan oleh Zarina
tadi dengan muka
mencuka. Geram! Dia
turut membeli air
mineral sebanyak dua
botol untuk dirinya
dan Aiman menggunakan
duitnya dan juga
air oren dua
botol menggunakan wang
Zarina. Untuk Zarinalah kedua-dua
air oren itu.
Tadi kata haus
sangat?! Memang dapatlah!
Zara melangkah
ke padang semula
dengan langkah besar.
Panas terik! Kalaulah
ada yang memandang
ke arah dia
sekarang, pasti ramai
yang menganggap dia
itu bekerja sebagai
watergirl! Huh!
Zarina ini melampau
sangat, tahu tak?!
Mulutnya terkumat-kamit menyumpah
si gadis gedik.
Penat sungguh dihambaabdikan oleh
Zarina. Sebelum ini
pun sama.
‘Tunggulah suatu
masa nanti, memang
kena dia dengan
aku!’ bebel Zara
sendirian sambil mempercepatkan langkahnya.
Perlawanan bakal bermula.
“Nah! You punya.”
Zara menghulurkan air
yang dipesan Zarina
berserta baki. Zarina
berpura-pura terkejut dengan
kehadiran Zara dan Zara cukup
perasan pada reaksi gedik
Zarina itu.
‘Fake!’
jerit hatinya geram.
“Opps! Ya
Allah! So sweet of you! Thanks ya,
yang? I thought you
dah lupa. Lambat
betul you pergi beli!”
sempat lagi dia
menyindir Zara. Zara mendengus. Bukannya
Zarina mahu menghargai
usaha dia membeli
air tadi malah,
disindirnya pula. Geram
betul!
“Erm, lamalah.
I beratur panjang
tadi. Tengah panas
terik pula. Sampai
rentung kulit muka
I ni. You bukan
tahu pun. Yalah,
sedap duduk goyang
kaki kat sini
kan?” soal Zara
sambil mengibas-ngibas mukanya
dengan tangan. Menggedik
cara Zara. Berubah
air muka Zarina
apabila melihat Zara
sedang meniru caranya
bercakap.
“Oh, sorry.” luahnya.
Zara terus
pergi meninggalkan Zarina
tanpa membalas kata-kata
Zarina. Geram! Dia
ingin mencari tempat
teduh untuk punggungnya
berlabuh. Penat sungguh
dia berjalan ke
sana ke mari
tadi. Mujurlah matanya
tertancap pada sebuah
kerusi kosong. Di
tempat yang teduh
pula tu. Cepat-cepat
dia mengambil tempat
di kerusi itu
kerana bimbang ditakluki
orang lain.
Zarina yang
mendapat tempat duduk
di barisan hadapan
itu mencemikkan mukanya
tidak puas hati apabila
melihat Zara mendapat
tempat duduk di
tempat teduh sedangkan
dia mendapat tempat
duduk panas. Tak
adil! Dia bergerak
ke arah Zara meminta untuk bertukar tempat
duduk. Tidak rela
dia hendak berpanas
di situ.
“Yang,
boleh
tak kita tukar
tempat duduk?” soalnya
mengada. Rambut kerintingnya
dipintal-pintal. Zara sudah
menahan diri dari
membuat muka di
hadapan Zarina. ‘Tak
lama hidup budak
Zarina ni!’ hatinya
membentak geram.
“Sorrylah. I tak
boleh duduk tengah
panas. Rentunglah kulit
muka I nanti.”
sengaja Zara mengajuk
cara percakapan Zarina.
Zarina mengetap bibirnya
geram. Sabar!
“Tapi...” belum
sempat dia memberi
alasan, Zara terlebih
dahulu memotong percakapannya.
“Sorry,
I penat sangat.
Dah lama I
berdiri dekat tengah
panas tu tadi.
I tak tahan.
Kalau you nak
duduk tempat teduh,
you duduk tepi
tangga tu sebab
tempat you tadi
dah ada orang
duduk. Game pun dah
nak start.” Zara berkata
selamba sambil mengerling
ke arah kerusi
yang Zarina tinggalkan
tadi sudahpun diambil
orang. Zarina
ternganga memandang ke
arah ‘bekas-kerusinya’ tadi.
“I nak
duduk kat mana?!”
soal Zarina membentak.
Zara mengangkat bahu
tanpa riak simpati.
“I
don’t know?
You tell me?”
kata Zara dengan
hati keringnya. Zarina meninggalkan
Zara sambil menghentak-hentakkan kakinya.
Geram. dia terpaksa
duduk di tepi
tangga.
Perlawanan bola
bermula juga akhirnya.
Zara hendak tergelak
melihat kesungguhan abangnya
berlari mendapatkan bola.
Ini satu kerja
gila. Hanya orang
tak berapa betul
saja yang bersungguh
mengejar bola yang
satu itu ke
hulu ke hilir,
ke utara ke selatan. Macam
orang tak ada
kerja! Kutuk Zara
di dalam hati.
Tercuit hatinya melihat
abangnya bersungguh-sungguh mengejar
bola. Buat apalah
Aiman bersusah payah
nak kejar bola
yang satu itu?
Di kedai berlambak
ada jual bola yang
serupa!
Mengapalah dia
perlu hadir ke
situ melihat abangnya
berlari seperti orang
tercicir anak? Kau
tu yang gila,
Zara! Dah tahu
ini satu kerja
gila, kau pergi
tengok juga. Kutuk
hatinya selamba. Zara
menggeleng-gelengkan
kepalanya apabila melihat
si abang kesayangannya
jatuh dek ingin
menanduk bola yang
melayang tinggi. Sipi-sipi
pun bola itu
tidak kena kepala
Aiman. Memalukan dan
melucukan! Terkekeh-kekeh dia
gelak sendirian.
Zara dapat
melihat kesungguhan abangnya
dan Irsyad mengejar
bola. Skil Irsyad
menggelecek bola juga
boleh tahan hebatnya.
Tidak kurang juga
dengan skil yang
dipertontonkan oleh abangnya.
Tidak sampai separuh
minit pertama perlawanan,
kumpulan UiTM Jengka
berjaya membolosi gawang
gol pihak lawan
melalui sepakan padu
Irsyad. Wah! Bersorak
riang penonton menyaksikannya. Siapa
lagi yang terjerit-jerit mengalahkan
orang gila kalau
bukan Zarina? Beria
benar dia tergedik-gedik di
tengah panas. Lupa
terus yang dia
itu sedang cover
ayu.
Huh! Menyampah
Zara melihatnya. Kalau
dia tahu macam
inilah dugaannya duduk
menghadap si minah eksyen
ini, baik dia
duduk di dalam
bilik, baca novel!
Lagi senang hidup
dia. Sudah berapa
lama pembacaannya tergendala
dek banyak sangat
komitmen dengan aktiviti-aktiviti pelik
seperti ini.
Petang semalam,
dia berjogging. Kelmarin,
dia pergi kutip
kupon MPP dan
kolej untuk membolehkan
dia duduk di
kompleks siswi pada
semester akan datang.
Kasihan Aisya Sofea.
Novel dia dah
bertahun Zara beli,
baca pun baru
beberapa bab. Bukan
tak best. Best sangat... Cuma,
yalah. Masa tak
mengizinkan dia untuk
menyudahkan bacaan novel Sehangat Asmara
itu.
Baru lagi
fikirannya hendak belayar
ke Australia, lamunan
Zara terhenti dek
bunyi riuh rendah
suara orang. Matanya
tertancap pada si
lelaki yang berguling-guling kesakitan
di tengah padang.
Ya Allah! Aiman!
Aiman cedera di
tengah padang. Perlawanan
dihentikan buat seketika.
Zara terkocoh-kocoh berlari
turun untuk melihat
keadaan abangnya yang
diusung ke tepi
pandang.
“Aiman!” jeritnya
kalut.
0 komen:
Post a Comment