Assalammualaikum... Hai! Saya kembaliiii! Buat yang masih tak tahu lagi kewujudan novel saya yang tajuk SOMETHING STUPID (sambil menyanyi lagu Robbie Williams dan Nicole Kidman) , anda boleh buat bacaan dari awal... Tapiii... Biarlah saya bagi sinopsis dulu... Fahamkan jalan cerita. Don't worry, cerita ni akan berada di pasaran beberapa minggu saja lagi. GRAB it!!! Saya dah tak sabar lagii... Lompat hingga ke bintang, tak mau turun lagi...
SINOPSIS SOMETHING STUPID
“Saya dihina oleh
awak depan orang
ramai, saya ditolak
mentah-mentah. Bila saya
datang nak menghulur
bantuan, awak masih
dengan sikap angkuh
awak. Awak nak
saya layan awak
buruk jugak kan?
Itu yang awak
nak selama ni, kan?”
~ Irsyad
Kerana rasa tercabar
dilayan bagaikan tidak
wujud oleh gadis
pujaannya, ditambah pula
dengan rasa cemburunya
terhadap Aiman, Irsyad
tega merampas mahkota
gadis itu. Padanya, Zara miliknya
yang abadi. Bukan
milik Aiman dan
bukan juga milik sesiapa.
Hanya milik dia.
Zara kecewa dengan Irsyad. Lelaki itu memang
berhati binatang! Sanggup melakukan sedemikian terhadapnya. Dia menyepikan diri bertahun
lamanya.
Salah faham yang
pernah terjadi, lambat
terbongkar. Zara sudah menghilang. Irsyad
menyesal! Enam tahun berlalu begitu sahaja,
Irsyad dan Zara
dipertemukan semula tanpa
dirancang.
“Zara,
saya... saya datang
nak minta maaf.
Zara, saya berdosa.
Saya tahu. Izinkan
saya bertanggung jawab
atas perbuatan saya
dulu. Bukan niat
saya... Saya bertanggung
jawab pada kejadian
dulu. Tolonglah, Zara.”
~ Irsyad
“Get
lost!!” ~ Zara.
Fikir Zara,
semuanya kembali normal
jika Irsyad pergi.
Namun kemunculan tidak
terduga Aiman sewaktu
Irsyad menagih kemaafan
daripadanya telah merumitkan
keadaan. Irsyad merayu
kepada Aiman untuk
memperisterikan Zara.
Apa yang harus dilakukan
oleh Zara? Terima
saja Irsyad yang
banyak melukai hatinya atau... menyepikan diri sekali lagi?
0 komen:
Post a Comment