PROLOG
“JANGAN tunggu
abang.” Rasydan berpesan.
Aku menelan liur.
Kenapa aku terasa
hati bila dia
berkata sedemikian? Aku
tidak suka pada
kata-katanya. Aku isteri
dia. Haruslah aku
menantinya. Aku isteri
yang setia. Akan tetap menantinya
sampai bila-bila. Sampai
ke penghujung waktuku.
“Sibuk sangat
ke abang sampaikan
Irqin tak boleh nak tunggu
ni?” soalku sayu.
Gagang, aku lekapkan
dengan bahu kiriku
sementara tangan mula
menconteng sesuatu di
kertas kosong. Contengan
yang menunjukkan protes
sebenarnya. Di atas
kertas itu aku
tulis, ‘Abang tak
sayang Irqin lagi’.
“Cinta hati
abang, that’s not what
I mean. Abang busy
sikit hari ni.
Abang balik. Abang
akan balik juga.
Jangan risau okey?
Tapi abang balik
lewat. Jangan berharap.”
ujarnya memujuk. Jangan
berharap? Untuk apa?
“Abang, Irqin
rasa tak sedap
hati sangat ni. Tell
me why?” soalku
manja. Air mata
berlinang.
Benar, hatiku rasa
tidak enak. Hari
ini sahaja ada
dua buah cawan
yang terlucut dari
tangan, jatuh terhempas
ke lantai. Pecah!
Bagaikan ada petanda
buruk. Aku takut.
Aku tidak suka
percaya kepada perkara
seperti ini tetapi,
ya. Aku takut!
Tetap juga ada
rasa tak sedap
hati bila perkara
yang sama terjadi
sebanyak dua kali!
Aku terlalu cuaikah?
Atau, dia curangkah
di sana?
“Nothing,
Cinta... abang rasa Irqin
stress sangat
ni. I’m so sorry.
Abang dah buat Irqin rasa stress
sebab abang.” dia
memohon ampun. Aku
rasa nak menangis
sahaja. Inilah pertama
kalinya kami berpisah
pada waktu lewat malam begini.
Sudah jam dua
belas setengah! Aku
rindukan dia. Macam
mana aku nak tidur tanpa
ucapan dan kucupan
selamat malamnya?
“Abang, Irqin
rindu.” aku meluah
tanpa segan. Semuanya
jadi tak kena
bila dia tiada
di sisi. Siapa
suruh dia manjakan
aku?
“Abang tahu,
sayang. Abang pun
rindukan Irqin juga.
Pergi tidur dulu.
Abang balik nanti,
abang ucapkan pada
Irqin. Setiap malam.
Selamat malam, cinta.”
dia mengucapkannya. Aku
menggeleng-geleng tidak mahu.
Lupa pula yang
dia tidak nampak
gelenganku.
“Irqin tak
nak abang ucap
dalam talian. Irqin
nak abang ucap
kat tepi telinga
Irqin, secara live. Nak
rasa desahan nafas
abang. Irqin tak
boleh tidurlah kalau
macam ni.” aku menangis.
Dia yang biasa
manjakan aku seperti
ini, sekarang, terpaksalah dia
terima aku versi
manja ini.
“Ya Allah,
kesiannya sayang abang
ni. Abang patut
temankan Irqin, kan?
Jahatnya abang ni.
Pentingkan kerja saja.
Kejap ya, sayang?
Abang balik. Tunggu
ya? Abang temankan
sayang.” dia mula memujukku.
“Abang.” panggilku.
“Ya sayang.”
sahutnya.
“Drive
safe. Irqin sayang
abang sangat-sangat.” luahku.
“Abang pun
sayangkan sayang. Sayang
sangat-sangat.” luahnya perlahan.
Namun tetap menusuk
ke jantung. Abang,
Irqin tunggu abang.
Irqin takkan tidur
selagi abang tak
balik.
“SELAMAT malam, cinta.
I
love you.” bisikan
halus menyapa telingaku.
Aku membuka mata
dengan bersusah payah
dan tersenyum. Aku
tertidur juga rupa-rupanya.
Lama sungguh menanti
suamiku pulang. Pelik.
Biasanya aku tak
boleh tidur tanpa
dia di sisi.
“Bila abang
balik?” aku berpaling
ke arah suaranya
tadi. Eh? Tiada
orang?
“Abang?” panggilku.
Kaki kuhayun ke
sekitar bilik. Di
sebalik langsir yang biasa dia
bersembunyi. Tiada! Eh? Rasydan belum
pulang lagikah? Suara
siapa aku dengar
tadi? Aku melangkah
ke bilik air
pula. Tiada juga.
Dada sudah terasa
senak. Janganlah ada
sesuatu yang buruk
berlaku pada dia!
Ting tong!
Loceng rumahku berbunyi.
Aku tersenyum!
Mimpi rupa-rupanya! Rasa
hangat lagi desahan
nafas dia di
telingaku. Dia baru
sampai rupa-rupanya. Sudah
jam dua pagi.
Baru sampai? Ni dia melencong
ke mana entah?
Pintu kubuka.
“Abang!” suaraku
terhenti apabila bukan
suamiku di muka
pintu tetapi... dua
orang anggota polis.
Seorang lelaki dan
seorang lagi perempuan.
Ya, mereka memakai jaket polis. Sebab
itu aku tahu
mereka itu polis.
“Maaf, saya
ingatkan suami saya.”
aku menutup semula
pintu tetapi tidak
rapat. Sekadar menyembunyikan aku
yang berpakaian tidak
berapa manis untuk
dipandang ini.
“Err, pu...
puan...” panggil anggota
polis wanita itu.
“Ya saya?”
soalku.
“Puan Nazreena
Irqin?” soal polis
itu lagi.
“Ya saya?”
aku sudah rasa
tak sedap hati.
Suamiku mana?
“Kami minta
maaf puan. Boleh
ikut kami ke
hospital? Err...” si
polis lelaki mula
bersuara. Tetapi tergagap-gagap. Hati
aku semakin rasa
tak enak! Melihat
wajah pucat dua
orang pegawai polis
itu membuatkan aku
rasa tak senang
hati.
“Kenapa?” soalku
membuka semula pintu
menjengulkan kepalaku. Air
mata tiba-tiba berlinang bila melihat
wajah serba salah
mereka. Wajah yang
akan memberitahuku berita buruk.
Aku yakin...
0 komen:
Post a Comment