BAB
10
“HE
LIKES
you.” Kata Benji
apabila Amzar hilang
dari pandangan. Aku
memandang mukanya sambil
mengangkat kening. Tak
pasal-pasal aku kena
balik dengan dia
bila mana Amzar
tiba-tiba ada hal. Sesudah bayar,
kami berjalan dari
satu lot kedai
ke lot yang
lain sebelum ke
tempat letak kereta.
Masih terlalu
awal nak balik.
Aku bukan nak
ke mana-mana pun.
“Baru sehari
kenal kut… takkan
dah suka? Mengarutlah,
Benji.” Aku tersipu
sendiri dibuatnya.
“Dia sukakan
you. I can
see it.” Dia
menekan suaranya. Aku
tersenyum. Betul ke
Amzar suka aku?
Nampak ke? Macam
mana dia boleh
nampak? Aku rasa
biasa aje…
“Awak ni
tau macam mana?
Awak ada phsycic
power ke?” soalku
tanpa meminta izin
untuk masuk ke
Daiso, kedai lima
ringgit (sebelum GST).
“I lelaki,
I taulah.” Dia
mengekoriku. Hish. Amzar
kata dia ni
nampak macam suka
aku. Dia pula
kata Amzar yang
suka aku. Kalau
betul ada orang
sukakan akukan bagus?
Tak adalah aku
single lagi.
“I’m kinda
like him too.”
Jawabku jujur. Maksud
aku, aku suka
cara Amzar berkawan
dengan aku. Mungkin
terlalu awal untuk
aku assume semua
ni tapi aku
rasa Amzar tu
seorang yang ikhlas.
Dia nampak berkarisma…
“I
don’t like him.”
Tiba-tiba dia bersuara.
Tegas.
“Yeah
because you’re not
a gay.” Aku
menjeling dan meninggalkannya untuk
ke rak bahagian
alat tulis. Dia
mengekor. Meluat. Nak
kawal hidup aku,
lepas tu buat
kerek dengan aku.
Kutuk-kutuk aku.
“I’m
sorry… I tahu
apa yang I dah cakap dekat
you semalam sangat
biadap.” Dia memujuk.
Aku mencemik. Baru
pandai nak mintak
maaf? Kenapa tak
tunggu aku kena
kapan je?
“Sedar pun.
Tapi terima kasihlah.
Hati ni dah
luka pun.” Aku
mengambil sebuah buku
nota lalu aku
tempekkan ke dada
dia. Suruh dia
pegang. Nak sangat
mengikut kan? Macam
tak boleh tunggu
dekat luar. Dia
ambil buku tu
tapi matanya tajam
merenungku.
“Oddie…” dia
cuba capai tangan
aku, cepat-cepat aku
elak. Gila apa?
Dia nak aku
rasa gayat tahap
teruk ke macam
mana?
“Apa? Nak
apa?” soalku kelam-kabut.
“Sebenarnya, I
bukan dapat kerja
jadi model sambilan
tapi… model tetap.”
Dia berkata. Cis!
Ingatkan nak pujuk
aku supaya maafkan
dia. Haram.
“Good
for you.” Aku
terus berpaling.
Model sebagai
pekerjaan tetap? Dia
ingat dapat banyak
duit ke? Memanglah dapat
banyak. Tapi kalau
karier terumbang-ambing… dah
habis kontrak atau
apa nanti… dia
akan hidup susah,
tahu? Lainlah kalau
dia tu model
seluar dalam Calvin
Klein ke apa
ke?
Gulp. Tiba-tiba
otak nakal aku
terbayang dia pakai
bermuda ketat sehingga…
oh! Seksinya. Badan
dia berketak-ketak ke
eh? Sebab dalam
imaginasi aku sekarang,
badan dia sangat
menyelerakan. Dengan titisan
air yang direnjis
pihak yang ‘merekrut’
dia untuk mendapatkan
shot terbaik. Oh My God!
Yes!
“Kenapa?” lamunanku
terhenti bila dia
menegur. Aku angkat
kening.
“Kenapa
apa?” soalku.
“You senyum
sorang-sorang lepas tu you cakap…
“Oh My God.
Yes!” apa yang
‘yes’?” dia menyoal.
Terbuntang mata aku.
Alamak! Aku tercakap
ke? Aku rasa
aku cakap dalam
hati aje. Aduhhhh!
Malunya.
“Ammm, tak
ada apa. saya
teringat something.” Aku ketuk
kepala dengan buku
lima. Malunya Ya
Allah! Itulah Oddie,
lain kali jangan
miang sangat!
“Amzarlah tu.”
Dia menyinis.
“Kenapa, jealous?”
soalku geram. Dia
ketawa.
“Dengan dia I
nak jealous apa?
Obviously I lagi
good looking dari
dia. Model pulak
tu. Badan I
lagi…” dia mengangkat
bakul sambil membelek
barang-barang yang dia
rasa menarik.
“Don’t
flatter yourself! Memang
awak lagi okey
dari segi fizikal.
Tapi mungkin tak
semua fizikal awak
lagi okey dari
dia. Kalau awak
fahamlah maksud saya!”
ha, kan dah
kena bidas.
“Yeah faham.
I’m sure mine
is…” eh eh!
Baik aku potong
kata-kata dia tu.
“Well, dia
ada otak.” Sinisku
geram. Dia meletakkan
barang yang dia
belek tadi dan
memandangku. Mulutnya ternganga
sedikit.
“Wait, you
nak cakap I
tak ada otak?”
gulp! Garangnya muka
dia.
“I don’t
say that!” aku
bersuara. Cuba mengelak, aku
berjalan ke rak
yang lain. Dan
aku tau dia
mengekoriku.
‘Tapi you
cakap dia ada
otak, that means,
I tak ada
otak!” tiba-tiba dia
membentak. Baguslah kalau
dia fikir macam
tu! Nak aje
aku sinis dia.
Tapi muka dia
dah merah. Marahlah
tu. Ada beberapa
mata memandang kami.
Gulp.
“Syhhh! Slow
down your voice,
sire. No! Saya
tak habis cakap
lagi. Dia ada
otak sebab kerja
dia obviously kena
guna otak. Arkitek
kan? Kerja awak
kena pakai otak
tak? Tak kan?
Kerja awak tu
kena pakai badan
dan rupa je.
Mengarut. Siapalah yang
nak tengok badan
awak tu yang… ada
roti ban tu?
Tak dinafikan awak
nampak tegap, hot…
and… spicy… wait
what?” aku tepuk
bibir bila tersedar
sesuatu.
Alamak! Tadi
nak merendah-rendahkan dia.
Kenapa aku boleh
puji badan dia?
Otaklah ni gatal!
Pergi scan badan
dia buat apa?
Aku nampak
dia tersenyum.
“Arghh! Jangan
nak perasan! Saya
teringat ayam KFC
tadi!” dia ketawa
kuat. Geramnya aku. Beberapa orang
memandang kami dengan
pandangan kurang senang
bila Benji ketawa
macam nak runtuh
langit. Malunya aku!
“At least,
hati dia baik.
Mulut dia pun
pandai bercakap sopan,
dan pandai jaga
hati orang. Tak
macam awak!” Aku
menyinis dia dengan
bom torpedo. Sakit
hati sebab dia
memalukan aku dengan
tawanya itu. Bukan
senang nak tengok
dia gelak besar.
Dah lama aku
nak tengok. Tapi
bukan sekarang! Timing tak
betul.
Aku mengambil
sepeket chopstik lalu
aku lekatkan ke
dada dia dengan
geram. Dia masih
senyum. Chopstik itu
diambil dan dibelek.
“You nak
buat apa dengan
benda ni?” soalnya.
Kejap. Aku bagi
dia chopstik ek?
Chopstik tu… kayu
dua batang yang
orang cina guna
untuk makan mee
tu. Ya! Sahih!
Kenapa aku bagi
dia chopstik?!
“You bukan
pandai pun guna
chopstik.” Dia gelak.
Dia tahu ke
aku tengah gelabah
ni? Sebab… aku tak
boleh nak fokus
selepas aku malukan
diri sendiri dengan
memuji badan tegap
dia tu. Dia
ketawa mengejek. Sakitnya
hati aku.
Memanglah aku
tak pandai guna
chopstik. Dekat Boat
Noodles tadi pun
jenuh aku kena
ketawa dek dia
dan Amzar sebab
aku guna chopstik
sebatang setiap tangan.
“Saya nak
praktislah! Practice makes
perfect kan?” aku
memberikan alasan. Dia
senyum. Masih lagi
mengekori aku. Barang-barang
yang aku serahkan
pada dia, dia
kepit di celah
ketiak. Selamba badak
dia aje. Mujur
badan bau wangi.
“You usyar
badan I rupa-rupanya.
Bila agaknya eh?”
tiba-tiba dia bersuara
dan ketawa.
“Ha… ha…
ha! Funny!” aku
menjelingnya sehingga hilang
mata hitam. Sakit
hati sungguhlah.
“Well… see?
Itulah guna badan
hot and spicy
I ni.” Dia
berkata lantas menyelak
bajunya. Rahang aku
jatuh. Abs, glorious
abs! Tiba-tiba aku
tersedar sendiri bila
tayangan perdana tu
dah tamat.
“Kenapa dengan
awak ni? Tak
malu ke buka
baju depan orang?
Aurat tau? Aurat!”
aku buat gaya
ustazah memberi ceramah.
Sambil berceramah sambil
berjalan. (Eleh, padahal
aku sendiri pun
free hair). Aku
tahu aurat lelaki
dari bawah pusat
hingga ke lutut.
Tapi… dalam kes
Benji ni, aku
rasa dia kena
pakai abaya. Sangat
melekakan!
“Oddie, you
might wanna watch
your …”
“Hah?” danggg!
Kepala aku terhantuk.
Bila masa ada rak dekat
sini ni? Sebab
malu aku berganda-ganda hari
ni, aku sepak rak yang
aku langgar tadi.
Sekali lagi
kami jadi tumpuan
bila rak tu
berbunyi kuat. Alamak!
Mujur pekerja dia
tak ada dekat
kawasan sini. Kalau
tak, dah kena
halau kami. Buat
bising lepas tu
tambah dengan vandalisme
lagi.
Kali ini
Benji sudah bercangkung
dan gelak besar.
Dia tahu aku
hilang fokus bila
tengok badan ketak-ketak
dia tu! Memang
dasar!
“Dah-dah! Bayar,
bayar!” dia bangkit.
Aku terus menolaknya
tubuhnya. Dia berjalan
penuh terpaksa ke
kaunter. Bahunya masih
terhinggut-hinggut. Dapat aku
bayangkan muka annoying
dia ketawakan aku.
Memang dia ni…
hish…
“YOU TAHUKAN, aurat
lelaki dari bawah
pusat hingga ke
lutut?” dia bersuara
bila kami dalam
kereta.
“Awak boleh
tak jangan nak
ungkit benda memalukan
tu?” aku membebel
geram. Dia senyum.
Siap bersiul-siul lagi
sambil ketuk-ketuk stereng
mengikut rentak lagu
Animals dari Adam
Levine.
“Oddie, Oddie.
You nak tengok
sekali lagi tak?”
soalnya.
“Ha, ha!
Funny. Stop it
Benji. Tak ada
apa yang menarik
pun dengan body awak.” Aku
menjelingnya dan berpeluk
tubuh. Muka hadap
ke luar tingkap.
Okey, aku tipu.
Bodi dia sangat
menarik…
“Tak sangkalah
barang kat situ
murah. Hey, I
tak sempat nak
beli pun benda
alah tu.” Dia
mengubah topik.
“Benda apa?”
“Ala macam
beg plastik yang
kalis air tu.
Tadi I pegang
dah.”
“Oh… awak
nak buat apa?” soalku. Sengaja
nak panjangkan perbualan.
Sedaya upaya nak
buat dia lupa
pada peristiwa yang
memalukan tadi. Memandangkan
mood dia nampak
okey hari ni,
bolehlah ajak dia
berbual. Kut?
“Nak letak
handphone, duit.” Jawabnya.
“Huh? Kenapa?
Awak nak bawak
masuk dalam air
ke?”
“I ke
Pulau Langkawi, shooting
nanti untuk majalah
Remaja. Tapi, I
nak pergi berjimba
terus main-main air
segala.” Ceritanya.
Amboi. Detailnya.
Seronoklah. Baru duduk
sini kejap dah
ada majalah nak
ambil gambar. Aku
ni, seumur hidup
duduk kat sini
pun takde majalah
pun nak masukkan
gambar aku. Eh,
kejap. Dia cakap
nak berjimba?
“Oh,
how surprising. Awak
tau perkataan jimba!”
aku bersuara kagum.
“What… do I
look like a
caveman or something? Tentulah
I tau. Adik-adik
I selalu cakap.”
Dia bersuara. Tak
puas hati aje
nadanya. Mesti dia
marah sebab aku
macam perlekeh-lekehkan dia.
“Alah, tak
payahlah buat masuk
dalam air handphone
awak tu. Senang.
Tinggal dalam hotel
kejap. Bukannya tak
boleh hidup tanpa
handphone pun kan?
Duit tu, ala…
nak guna, baliklah
hotel semula. Tak
pun suruh sesiapa
ke pegang?” Aku
berkata selamba.
“You got
the point.” Dia
berkata.
AKHIRNYA sampai
juga kami ke
butik. Aku menarik
handbag lalu membuka
pintu.
“Hey…” dia bersuara. Baru
lagi nak keluar
kereta. Tapi aku
duduk semula. Pandang
dia. Dia pandang
aku. Keningnya jatuh.
“Ya?” soalku.
Muka macam orang
bersalah ni kenapa?
“I’m
so so sorry…
pasal malam tadi.”
Oh! Patutlah muka
macam tu.
“Ya. It’s okay.
Lain kali mulut
tu jaga.” Aku
menegur. Dia senyum.
Angguk. Rajin dia
senyum hari ni.
Kalau macam ini
hari-hari kan bagus?
Tapi aku tak
nak berharap lebih.
Sebab mood dia
teruk. Tak dapat
nak jangka bila
angin taufan dan
bila cerah.
“Ah, I
teringat sesuatu. Tunggu.”
Dia angkat tangan,
mengarahkan aku tunggu.
Aku berdiri macam
patung cendana di
luar keretanya.
Dia keluar,
bonet kereta dibuka.
Dan dia menutup
semula bonet kereta
dengan sesuatu pada
tangannya. Macam kertas.
Dia datang depan
aku, senyum… kemudian
dia hulurkan kertas
yang berlipat tu
pada aku.
“Ni, untuk
you.” Aku ambil
dengan teragak-agak. Kertas
apa pulak dia
bagi aku ni?
“Apa ni?” soalku sambil
membalik-balikkan kertas tersebut.
“Poster…”
“Poster apa?”
“Take
a look.” Dia menyuruh
aku membuka lipatan
tersebut. Kertas yang
berlipat dua itu
aku buka. Serta
merta aku tutup
balik.
“Wait! You
jackass!” aku menghayunkan
beg tanganku ke
bahunya. Dia tergelak.
Gambar dia yang
hanya memakai seluar
jeans yang hampir
terlondeh sehingga nampak
garisan berhuruf V di perutnya
itu memang menyeksakan!
“Untuk simpanan
you.” Dia bersuara
lepas puas ketawa.
“Awak punya
macam mana?”
“I don’t
need it. Dalam
portfolio I berlambak.
Ni gambar lama,
waktu I modeling
dekat sana.” Dia
berkata. Aku angguk.
Patutlah siap poster
bagai.
“Ammm… thank
you.” Aku ucap
sambil angkat poster
tersebut. Dia angguk
dan menabik aku
dengan dua jarinya.
“You’re welcome.
So we’re cool?”
soalnya.
“Cool.” Jawabku
pendek. Dia senyum,
angguk dan masuk
ke dalam kereta.
“Subhanallah, Maha
Suci Allah. Alhamdulillah, Pujian
bagi Allah, Allahu
Akbar, Allah Maha Besar, Lailaha’ilallah Muhammad
Rasulullah.” Aku mula
menyanyi perlahan. Cuba
menghapuskan bayangan gambar
Benji tadi. Harap
berjaya kalau aku
terus berzikir sampai
besok.
Yess! Hahaha dot gak sambungan nye. Bile keluar novel nye sis?
ReplyDeleteaduhaii oddie...meh la kita berzikir sama bgi menghapuskan bayangan...hahaha
ReplyDelete*wink wink
Best
ReplyDeletebila nak sambung ni..best giler...
ReplyDeleteheeeeeee , novel nya keluar dah kee ?? suka la.
ReplyDelete