BAB
1
“PUNCH!! PUNCH!!” Ikmal
memberi arahan. Arissa
menurut. Peluh yang
mengalir di dahinya
tidak langsung diseka.
Ikmal tersenyum. Suka
dia melihat ketekunan
Arissa dalam belajar
seni mempertahankan diri.
Sangat serius.
“Nak
rehat?”
soal Ikmal memandang
jam dinding. Arissa
menggeleng-gelengkan
kepalanya. Tumbukan terus
dihayunkan ke beg
pasir.
“Genggam tangan
macam ni. Kemas.
Kedudukan ibu jari
tu kena betul.
Baru tak sakit.”
Tunjuk Ikmal. Arissa
melihat tangan Ikmal
dan kemudian, dia
meniru gaya yang
diajar. Tumbukan kembali
dihadiahkan ke beg
pasir yang bergantungan
itu.
“Guna siku
macam ni...” dukkk!
Siku dihayun ke
beg pasir sehingga
kemek. Arissa menurut
lagi. Beg pasir
tidak langsung bergerak,
apatah lagi kemek.
Ikmal menahan dirinya
daripada gelak. Arissa
yang terundur ke
belakang. Comel.
“Sekali lagi.
Macam ni. Tengok
slow-mo... bam!!” sekali
lagi dia mengajar
cara-cara menyiku dengan
betul. Arissa menurut.
Ikmal menaikkan tangannya,
mengarah Arissa berhenti.
“Siku angkat
macam ni...” dia
mengangkat sedikit siku
Arissa. Arisa menurut,
masih diam membatu.
“Kenapa senyap
aje ni?” Ikmal
mula tidak selesa.
Selalunya ada saja
celoteh budak bernama
Arissa ini.
“Tak ada
apalah.”
“Bagitahulah abang.
Abang pandai simpan
rahsia, tau?” Ikmal
tersenyum dengan kata-katanya.
Mungkin kerana Hafizul
yang sentiasa menyuruhnya
menyimpan rahsia, dia
sudah tidak ubah
seperti Mr. Secretkeeper.
“Bila Abang
Ikmal nak ajar
Arissa buat tendangan
pusing pulak?” Arissa
mengabaikan kata-kata Ikmal
dengan menanya soalan
lain. Tersenyum Ikmal.
Tak sabar sungguh
budak ni! Kalau
dah pro bahagian
siku dan tumbukan
tak apalah juga.
Ini pun asyik
dia yang terkebelakang. Ada
hati nak menendang.
“Settle
bahagian tangan dulu. Jab,
uppercut, hook dan
sebagainya. Ada masalah?”
soal Ikmal mula curiga. Lain
macam saja mood
Arissa hari ini.
Dia tak suka
Arissa yang membisu
itu mendiamkan diri.
“Rissa geram
nak tendang mamat
yang kacau Rissa
tu.” Rungut Arissa.
Akhirnya. Telinga Ikmal
berbulu mendengar perkataan
mamat dan kacau
yang disebut Arissa.
Mana boleh kacau
Arissa aku! Hatinya
mendongkol marah. Hendak
marah lebih-lebih siapalah
dia?
“Siapa?” akibat
cemburu, nadanya juga
sudah bertukar. Serius
dan... sepatah!
“Entah. Dia
senior Rissa. Tapi
selalu mengacau Rissa.
Geram betul.” Tanpa
menyedari perubahan riak
Ikmal, Arissa menambah.
Semakin sakit hati
Ikmal mendengarnya. Senior?
Bertingkek-tingkek rasa geramnya.
“Pedulikan dia.
Kalau Rissa diejek
lagi, panggil abang.
Biar abang yang
datang, sikukan dia.”
tutur katanya begitu
serius, namun Arissa
terkebil-kebil memandangnya.
“Dia bukan
ejek. Dia kacau...
lain maksudnya tu.” Terang Arissa.
Ikmal sudah faham.
Ada yang nak
cucuk jarum. Ini
pantang dia! Nak
cucuk jarum ke,
pisau ke, beraturlah
di belakang dia...
“Sebab inilah
Arissa senyap dari
tadi?” Ikmal menjungkitkan
keningnya. Arissa mengeluh.
“Yelah. Rissa
geram.”
“Melepas geram
dekat barang macam
ni, memang bagus.
Kalau untuk lepas
dekat orang, tak
bagus...” nasihat diberikan
secara percuma. Dia
tak mahu Arissa
terlalu mengikut emosi.
Nanti habis semua
orang menjadi mangsanya.
Bahaya... bahaya.
“Ya, Rissa
tahu. Tapi kadang-kadang
nak juga...” belum
sempat Arissa berkata
bersama demonstrasi nak
menendang orang, terus
Ikmal mencelah.
“Jangan. Biar
orang tak tahu
kita ni pandai
dalam seni pertahankan
diri. Jangan tunjuk
kelebihan kita dekat
orang.” Lembut saja
larangan Ikmal.
“Tapi, Rissa
nak belajar aje
untuk hari ini, please?”
mata hitamnya seakan-akan
membesar dan berkaca...
merayu mengalahkan mata
Garfield! Ikmal buat
tak nampak. Dia
tak mahu Arissa
memintas langkah-langkah yang
lain.
“No...”
kononnya hati sekeras
batu.
“Please...?” rayuan
kali ini, Arissa
begitu comel sekali
dengan pitchingnya yang
tinggi dan halus.
“Okey, try sekali.
Tendang punching bag
tu macam abang
buat. Berdiri jauh
sikit. Nanti kena.”
Arissa menurut. Dia
berundur beberapa tapak
menjauhi punching bag
yang akan ditendang
oleh Ikmal.
Dush!! Terseret
ke belakang puncing
bag itu. Ikmal
menariknya ke depan
semula. Ke tempat
sedia kala. Dia
menggamit Arissa mendekatinya.
Arissa menurut. Bersedia
untuk menendang sepertimana
yang Ikmal buat
tadi.
“Cuba buat
beg ni terseret
macam abang buat
tadi. Kaki jangan
bengkokkan begitu... macam
ni...” ajar Ikmal.
Arissa menurut. Kaki
dilayangkan ke punching bag
dan...
“Eh eh!!”
dirinya tak stabil
apabila dia yang
bergerak ke belakang.
Dia hampir jatuh.
Mujur Ikmal cepat
menyambut tubuhnya daripada
terduduk.
“Haaa, berdiri
pun tak statik
lagi. Nampak tak?
Boleh cedera tahu?”
Ikmal membebel. Risau
pula dia.
“Yalah-yalah. Alahai
sakitnya kaki.” Arissa
duduk dan mengurut
kakinya. Membetulkan urat
kaki yang dirasakan
macam nak terseliuh
kerana menyepak beg
pasir yang begitu
berat sekali. Sudahlah
langsung tak terseret.
Dia yang terseret!
“Nak buat
macam mana... salah
teknik tu. Lagipun,
nak senang belajar,
Arissa kena ikut step.”
“Susahlah...” rungut
Arissa. Tersenyum Ikmal.
“The
beginning is always
tough. But once
you in it,
you’ll become unstoppable.” Ikmal
bermadah. Naik semangat
Arissa mendengarnya.
“Abang, boleh
tak Rissa datang
sini setiap hari?
Boleh Rissa lepas stress.”
Arissa meminta kebenaran.
Setiap hari? Gulp.
Boleh ke aku
menghadap dia setiap
hari? Sedangkan seminggu
dua kali pun
hati dah jatuh
kasih... kata hati
Ikmal.
“Boleh tu
memanglah boleh. Tapi
nanti Aida risau
pulak.” Ikmal berkata.
Risau kalau-kalau kakak
Arissa yang garang
itu risau dengan
aktiviti adiknya pada
setiap petang. Yalah,
Arissa kan perempuan,
manalah sesuai ke
gym?
“Nanti Rissa
beritahulah dia... abang
lepas stress macam
mana?” soal Rissa.
Dia mahu belajar
cara Ikmal atasi
stress.
“Abang ada
prinsip abang. When life
gets tough, just
put on your
boxing gloves. Ada
empat step lepas
stress, cara abang.
Kick, punch,
kick, punch! Itu
saja. Diulangi sehingga
puas.” Ikmal tersenyum.
Arissa terpana. Senyuman
yang sangat manis!
“Wow, Rissa
pun nak jadi
macam abanglah.”
“Boleh sayang.
Eh, sekarang, kita
praktis semula guna
tumbukan dan siku.
Tapi, abang cadangkan,
kita rehat dulu.
Abang dah penat.”
Arissa faham situasi
Ikmal. Cepat penat,
mudah mengantuk, kadang-kadang
pening lalat. Sudah
lali dia dengan
keadaan itu. Namun
Ikmal berdegil. Masih
mahu duduk di
situ, menjadi tenaga
pengajar.
Ikmal tidak
berlengah lantas memberi
isyarat kepada pekerja
gym untuk mencampakkan
dua botol air
mineral kepadanya. Dari
jauh, pekerja gym
itu melontarkan air
mineral itu dan
Ikmal menyambut penuh
gaya. Terpegun Arissa.
Tak sangka
aku, nak sambut
air mineral pun
perlukan jurus...
WAKTU abang
belajar dekat Thailand
dulu, banyak benda
yang abang tak
faham, sampai kena
tanya kawan abang.
Dia orang Siam.”
Cerita Ikmal sewaktu
membuka botol air
mineral dengan sekali
pulas sahaja. Botol
air Arissa dicapai
dan dia membantu.
Seketika kemudian, air
itu diserahkan kepada
Arissa.
“Abang belajar
dekat Siam?” soal
Arissa.
Belajar dekat
sini pun penuh
dengan lelaki. Pada
awalnya rasa tak
selesa juga dia
melihat pakaian yang
dipakai oleh pelatih
lelaki. Hanya boxer
lebar paras atas
daripada lutut. Yang
sipi-sipi nak nampak
tut pun ada.
Mujurlah Ikmal mengajarnya
jauh dari pelatih-pelatih di
situ. Mereka semua
sangat hormati Ikmal
sebagai tenaga pengajar.
Lebih tak
selesa, bila mendengar
siulan nakal pelatih
di situ. Yalah,
tempat begitu bukan
ramai sangat perempuan.
Seorang perempuan yang
cantik macam Arissa
memang akan menjadi
tumpuan para lelaki
di situ.
“Yalah, nak
seribu daya...” jawab
Ikmal selamba. Mematikan
lamunan Arissa.
“Cikgu pun
tentu orang Siam,
kan?” teka Arissa.
Ikmal mengangguk.
“Ya, semua
cikgu Siam, mengajar
bahasa Siamlah. Nak-nak
cikgu yang abang
dapat ni langsung
blur. Dia
bukannya boleh bercakap
bahasa Inggeris pun.
Bahasa Melayu pun
tak pandai. Kawan
abang ni tolonglah
abang jadi penterjemah.
Tumbuk, dalam bahasa
diorang ialah chok. Lepas tu dalam tumbukan
saja, ada enam ‘mat’ yang
Rissa perlu ‘pikat’.”
Ikmal mula mengajar.
Arissa sudah gelabah.
Adakah dia perlu
jadi playgirl? Mat?
“Eh? Lelaki
ke?” tergelak besar
Ikmal mendengarnya. Dasar
budak lurus.
“Bukan...
M-A-T
atau M-U-D tapi
bunyi tetap mat.”
Terang Ikmal dengan
senyuman tak putus
dari bibirnya.
“Ke macam
mengaji? Mad...” belum
pun Arissa bertanya,
gelak tawa Ikmal
yang berdekah-dekah itu
menghentikan kata-katanya. Sungguh
tak sopan sekali
cara Ikmal mentertawakan
dia.
“Bukan... mat
yang pertama ialah jab,
atau tumbukan lurus.
Diorang panggil mat
na atau mat
yaeb. Tumbukan terus
ke muka pihak
lawan. Target yang
biasa ialah, dagu,
hidung dan mulut.
Mat yang kedua...
mat trong...” Ikmal
menyebut lambat-lambat. Kening
Arissa bercantum.
“Mat terung?”
sekali lagi Ikmal
tergelak, kali ini
dia gelak sehingga
terlentang ke belakang
dari duduk mereka.
“Sangat tak
sopan, soalan Rissa
tu...” dia berkata
bersama dekahan. Dia
kembali duduk.
“Hish. Orang
tanya... gelak macam
nak putus nyawa
tu pasal apa?” Arissa sudah
naik minyak. Geram
dengan reaksi Ikmal.
Tahulah dia pandai!
“Marahnya dia... okey
okey sorry. Abang sambung.
Mat... trong... TRONG
sebutannya. Huruf O,
takde E...” ejek
Ikmal.
“Apa mat
terung tu?”
“Apa-apalah. Maksud
mat terung Rissa
tu, cross. Tumbukan melintang.
Begini, sama juga
macam jab atau tumbuk
lurus cumanya cara
‘mengendalikannya’ saja berbeza
sikit sebab melintang
dan menyilang. Target
sama saja. Ada
yang kategorikan mat
trong sebagai tumbukan
lurus. Yelah, kalau
ikutkan apalah sangat
bezanya. Macam ini juga. Tapi
target dari tangan
kanan akan kena
muka bahagian kirilah
sebab dia menyilang...”
ajarnya bersama demonstrasi.
Arissa tekun memberi
perhatian dalam kelas
Cikgu Ikmal yang
dikasihi.
“Mat ketiga,
ialah mat wiang
san. Mat wiang
san tu tumbukan
cangkuk atau hook bahasa
omputihnya... macam ni...”
sambungnya masih dengan
demonstrasi. Arissa mengangguk-anggukkan kepalanya
tanda faham. Dia
cuba juga melayangkan
tangannya seperti Ikmal.
Dari tepi, layangkan
ke tepi muka
pihak lawan.
“Yang tu
abang ajar awal-awal
dulu dah... Rissa
dah mahir bab
tu.” Puji Ikmal.
Arissa menayang sengih.
Suka dipuji.
“Beritahu abang,
targetnya di mana?”
Ikmal sekadar menduga.
Mana tahu kut-kut
Arissa buat-buat tekun
belajar sedangkan rupa-rupanya
seronok mencuci mata?
“Di telinga,
muka dan tepi
hidung. Sebab dia
datang dari sisi...”
beritahu Arissa lurus
bersama demonstrasi.
“Bagus!” Ikmal
kelegaan. Ini bermakna,
Arissa memang bersungguh
hendak belajar bertinju.
“Mat yang
keempat?”
“Mat wiang
yao iaitu tumbukan
swing, atau
hayun. Macam ni...
kelima, mat wiang glab, tumbukan
spinning backfist
atau pukulan belakang
berputar atau ringkas
dan padat, tumbuk
pusing... macam ni.
Dah pusing... bam!
Lagi seronok ‘bagi’
spinning backfist
ni bila kita
dah ‘hadiahkan’ tendangan
dulu dan kemudian,
kita pusing... bam! So,
kat situ, kita
dah bagi dia
dua ‘pengajaran’.” ajar
Ikmal yang sudah
berdiri untuk menayang
demo.
Dia berpusing sambil
melayangkan spinning backfist dengan
perlahan-lahan dan berhati-hati
hampir ke muka
Arissa. Arissa tidak
mengelak atau menjerit
ketakutan. Hanya terkebil-kebil memandang
tangan kekar Ikmal
yang kurang seinci
daripada menyentuh wajahnya.
Percaya yang Ikmal
takkan sesekali mencederakan
dia.
“Abang selalu
buat ke?” soal
Arissa. Ikmal sudah
duduk kembali di
sisi.
“Ya... sebab
pada abang, teknik
ini yang mampu
membuat pihak lawan
kelam kabut sikit.”
“Patutlah nampak
macam dah mahir.
Mat yang akhir
sekali?”
“Akhir sekali...
Mat Travolta...” terkekeh-kekeh Ikmal
gelak bila wajah
Arissa nampak terkejut
benar dengan mat
yang terakhir. Barulah
Arissa sedar yang
Ikmal hanya bergurau.
“Apa ni?!”
“Hahahahaha! Marah
sungguh dia.”
“Marahlah, orang
tengah serius.”
“Okey maaf.
Akhir sekali... mat seuy atau
mat seuy dao
iaitu uppercut. Tunjuk sikit...”
pinta Ikmal. Arissa
pantas menunjukkan gaya
tumbukan uppercut, iaitu tumbukan
cedok dari bawah ke atas.
Tersenyum Ikmal dengan
demonstrasi dari Arissa
itu.
“Good.
Mat Seuy ni
untuk pihak lawan
yang berjarak dekat.
Contoh, bila Arissa
dipeluk dari depan,
tumbukan dihadiahkan di
perut atau dagu.
Itu targetnya. Banyak
juga yang K.O
dengan teknik ni.”
Ikmal bercerita. Leka
dengan dunia Muay
Thai. Seketika Arissa
yang terkebil-kebil memandangnya
dengan kagum dipandang.
“Nak praktis
tak uppercut?” Ikmal tayang
muka gatal. Arissa
menjeling terbalik.
“Bab-bab peluk,
nak pula dia
praktis...” menggelegak tawa
Ikmal dengan kata-kata
sinis Arissa. Tak
padan dengan budak
kecil! Pedas sungguh
mulut Arissa. Geram
sungguh Ikmal dibuatnya.
“Ada lagi
satu jenis chok
tapi yang ni
tak ada mat.
Bukan Mat Jenin
bukan Mat Travolta.
Yang ni diberi
nama kradot chok...
iaitu tumbukan kobra
atau jumping punch. Macam ni,
loncat dan beri
tumbukan kradot.” Seperti
biasa, demonstrasi diadakan.
Dia meloncat dan
menghayunkan penumbuknya penuh
gaya.
Setiap otot
yang bergerak dipandang
sehingga leka oleh
Arissa. Beginilah rupanya
tubuh seorang ahli
sukan. Sangat mengiurkan.
Apa yang dia
suka tentang tubuh
Ikmal ialah seimbang
di bahagian badan
dan kaki. Ada
yang bersenam di
gym dan hanya
menumpukan bahagian dada
dan lengan sehingga
kaki menjadi kecil
macam kaki ayam.
Memang tak sesuai
langsung. Ada juga
yang bahagian bawah
lebar, tapi atas
macam cacing gelang.
Tubuh Ikmal
mempunyai keseimbangan. Buntut
padat, tubuh tegap,
lengan sedap-sedap ‘dimakan’...
kaki sesuai dengan
saiz badannya. Tak
adalah nampak macam
ayam atau cacing
gelang.
“Kelemahan kradot chock
ini adalah, kurang
keseimbangan bila mendarat...
yang ini, anak
dara macam Arissa
tak payahlah buat.
Membahayakan keselamatan saja.
Melompat-lompat tak elok
untuk anak dara.”
Arissa mengangguk-angguk kepalanya.
Faham sajalah. Dia
sebagai anak dara
itu tak boleh,
ini tak boleh.
“Lagi?”
“Lagi? Tadi
tu dah ingat
ke?” sarkastik saja
nada Ikmal. Arissa
mengangguk yakin.
“Ingat... tumbukan
kobra, tumbukan uppercut, hook, hayun...
pusing, melintang dan
lurus.” Kata Arissa
bersama demonstrasinya. Ikmal
mengangguk. Bangga bila
Ariss berjaya menyerap
ilmu yang diajarnya
tadi.
“Dalam bahasa
‘mat’ tu?” soal
Ikmal lagi. Kening
terangkat. Mengejek.
“Mat na
untuk lurus, mat
terung untuk melintang.
Yang lain tak
ingat. Belasah ajelah
mat apa-apa pun.
Rissa bukan belajar
dengan cikgu Thai
pun.” Terkekeh-kekeh Ikmal
ketawakan jawapan Arissa.
Sungguhlah tiga suku!
“Itu baru
tumbukan... lepas tu
siku. Hari ni
kita belajar siku, kan? So,
kena dengar betul-betul.
Siku ni lebih
satu teknik berbanding
dengan chok. Siku
pun ada uppercut, jab
dan sebagainya.” Ikmal
memberi peringatan. Siku
pun ada? Bisik
hati Arissa.
“Siku apa
dalam bahasa Thai?”
sengaja dia menguji.
“Ti sok.”
Jawab Ikmal pendek.
“Abang pandailah
bercakap dalam bahasa
Thai ye?”
“Abang tak
pandailah Rissa. Itu
teknik-teknik, memang kena
hafal. Kalau tidak
apa yang cikgu
cakap kat depan
abang tak faham
satu habuk pun...
dua tiga hari
abang hafal benda
tu semua, tahu?
Peningnyalah berbahasa Thai
ni...”
“Ingat abang
pandai berbahasa Thai.”
“Kalau abang
pandai, dah lama
sangkut anak dara
Thai...”
“Mujur abang
tak pandai...”
“Mujur?” kening
terangkat gatal.
“Huh?” Arissa
membuntangkan mata. Buat-buat
tak perasan dia
terlepas kata.
“Apa Rissa
cakap tadi?”
“Rissa cakap
apa?” soalan dibalas
dengan soalan. Ikmal
menggeleng-gelengkan
kepalanya.
Demi tuhan,
dia terlalu ingin
mengucup ubun-ubun gadis
itu kerana telatahnya
yang comel dan
menghiburkan hati. Semenjak
awal pertemuan mereka,
Arissa sangat menghiburkan
hatinya yang sepi
tak berteman.
“Mengada...”
senyum
saja Ikmal ketika
menuturnya. Arissa menjelir.
Dengar dirinya dikutuk
Ikmal.
“Cepatlah sambung.
Ti sok tu...
teknik guna Ti
sok tu apa?”
Arissa kembali ke
pokok pangkal pembelajaran.
“Ti sok
tu elbow strike. Kesan
dia, boleh menyebabkan
luka sangat parah
sebab serangan berjarak
dekat.” Ajar Ikmal
lagi tanpa jemu.
Setelah diterang
bersama demonstrasinya tentang
ti sok yang
terbahagi kepada beberapa
teknik, Rissa membuat
latihan. Ingin menti-sokkan
Ikmal yang gemar
menggemuruhkan dadanya dengan
mengejek apa yang
dia terlepas kata
tadi. Dasar Abang
Ikmal gedik! Berbagai
teknik ti sok
yang dipelajarinya.
“Teknik pertama
elbow strike
ialah, elbow slash atau
sok ti iaitu serangan atas
atau dahi, mata
dan hidung. Siku
kena 45 darjah
ye, dari atas
ke bawah. Macam
ni...” siku diangkat
rata, 45 darjah
dan dihayun ke
depan perlahan-lahan.
“Sekali kena, dah tak
dak ampun maaf
dipinta mensuci hening
dosa. Yang ada,
pinar biji mata
saja. Tak berdarah,
mujur. Berdarah, padan
muka. Macam abang
dapat sakit sebab
teknik elbow slash inilah.
Abang nak bagi
lutut, dia bagi
abang siku dia
dulu. Itu cara
nak menampan lutut pihak
lawan.” Cerita Ikmal.
Arissa terdiam. Jatuh
simpati pula dengan
nasib Ikmal yang
sudah tidak boleh
bertinju itu.
Untuk mengelakkan
diri dari sama-sama
sunyi, Arissa bersuara.
“Ish! Seronok ni
mengkomakan orang...” dia
berkata dengan demonstrasinya kepada
angin.
“Seronok?” terangkat
kening Ikmal.
“Orang jahat...”
tambah Arissa.
“Hmmm... itu
teknik terbaik kalau
diapa-apakan. Rissa perempuan,
kena ambil berat
tentang hal ni. Teknik kedua...
sok tat.”
“Bunyi sok
sok semua...”
“Yelah... habis
nak bunyi macam
mana? Ni mujur
semua sok. Senang
sikit nak hafal.”
Ikmal berkata bersama
senyum manisnya.
“Yela. Sok
tat tu macam
mana?”
“Sok tat
tu bermaksud horizontal elbow.
Melintang. Yang ni
hampir sama dengan
elbow slash
cumanya kena berputar.
Kalau tak teguh
berdiri, tengah pening
lalat, sangat tak
digalakkan sebab ia
memerlukan keseimbangan, okey? Mari sini
abang tunjuk.” Arissa
bangkit. Berdiri macam
orang buta tuli.
“Macam ni...”
dia berpusing dan
menghayunkan sikunya dari
sisi naik ke
leher Arissa. Tidak
kena tetapi hampir.
Seperti biasa, Arissa
tidak kelihatan ngeri
atau terngadah. Hanya
terkebil-kebil menerima input.
“Target siku
ke leher pihak
lawan. Teknik ni,
bahu penting tahu?
Bahu kena berpusing.
Kalau tak stabil
berdiri, jangan guna.
Guna teknik lain.”
Ajar Ikmal bersama
putaran bahunya.
Arissa membuat
teknik itu beberapa
kali. Beberapa kali
juga Ikmal terpaksa
membetulkan postur badannya.
Dah macam nak
masuk bertanding jadi
model saja. Rungut
Arissa. Namun, dia
tidak mahu merungut
terlalu banyak. Dia
memang berminat dengan
sukan ini.
“Lagi?”
“Uppercut
atau sok ngad.
Sok ngad ni
pulak, macam tumbuk
uppercut juga. Target
utama, dagu pihak
lawan. Yang ni
kena tangkas. Biar
pihak lawan tak
sempat berbuat apa-apa.
Kemudian... sok glab.
Sok glab bermaksud
spinning elbow.
Dah namanya spinning, pusing
lagilah. Belakang siku
ni yang kena pihak lawan.
Biasa yang depan,
kan?
Yang ni,
sebab dah pusing
macam ni... bam!
Belakang siku. Badan
tak hadap badan
kita pihak lawan
tahu. Arissa di
depan abang, abang
pusing dan abang
membelakangi Arissa sambil
berikan hadiah belakang
siku ke rahang
atau pipi. Cis, rasa macam
dayus. Apa kata,
Arissa yang buat
dekat abang?” soal
Ikmal. Asyik Arissa
saja jadi mangsa,
biarlah dia pula.
“Siku angkat
tinggi lagi...” Ikmal
memberi arahan. Kerlipan
mata yang mengisyaratkan ‘Arissa-dah-boleh-serang’, menyebabkan
Arissa berpusing dan
menghentak sikunya ke
pipi Ikmal. Dia
fikir dia tak
mahu hentak sampai
kena tetapi sebaliknya,
sikunya mencecah juga pipi Ikmal.
“Aduh
mak!”
siku yang tajam
mengenai pipinya. Walaupun
tak kuat mana
tenaga seorang perempuan,
tetapi kerana tak
bersedia, dia jadi
terperanjat dengan serangan
itu. Pipinya digaru-garu.
Rasa berdenyut seketika.
Mujurlah tak kuat mana. Kalau
tidak, boleh pengsan
dia.
“Abang! Rissa
minta maaf, tak
sempat nak tahan.”
Arissa terus memegang
pipi Ikmal. Tangan
mereka bersentuhan. Jarak
terlalu rapat. Segera
Arissa menjatuhkan tangannya
dan menunduk, menekuni
tangan sendiri. Dia
segan.
“Kena cium
baru okey ni...”
riak gatal Ikmal
dipandang.
“Rissa call Abang
Aris, suruh Abang
Aris ciumlah kalau
gitu.” Jawab Arissa
yang kembali menunduk.
Malu.
“Isk! Orang bergurau je.”
Tergelak Ikmal mendengar
jawapan Arissa. Arissa
yang nakal.
“Lagi apa?”
tidak mahu dia
terus menatap wajah
gatal Ikmal, dia
menyoal.
“Ada lagi.
Tapi kita belajar
yang asas dulu
ye. Kang sampai
ke malam Rissa
di sini. Abang
lagi suka, tapi
kang kecoh orang lain mencari.
Lagipun, solat pun
belum lagi ni...”
Ikmal bersuara sambil
mengerling ke arah
jam dinding.
“Dah pukul
berapa?” terbuntang biji
mata Arissa. Dia
berpaling ke arah
jam namun Ikmal
terlebih dahulu memberitahu,
“Nak dekat pukul
enam setengah.”
“Alamak! Habislah
Rissa kena goreng
masak kicap ni
kejap lagi. Rissa
belum Asar lagi!”
kelam-kabut Arissa berkemas.
Ikmal membantu.
“Jom abang
hantarkan Rissa balik.
Jimat duit teksi
dan bas.” Tawar
Ikmal. Sengaja mahu
mencari kesempatan berdua-duaan
dengan Arissa yang
semakin melekat di
hati.
Terubat rinduu . elehh ikmal . Ambil kesempatan atas kesempitan nmpak? Hahah . Tq kak .. bestt😍😘😁
ReplyDeleteterima kasih sudi baca... muah sikit!
DeleteSukaaaaa :D
ReplyDeleteterima kasih. :*
DeleteBest... rasa macam nak hantar anak dara saya belajar muay Thai ni lepas exam SPM dia..
ReplyDeleteHehehe hantar. Benda ni bukan untuk body jadi kasar sangat pun. Untuk pertahankan diri. Kalau saya ada peluang untuk belajar, saya nak pi belajar Muay Thai. :D
Delete