Bab
10
“INGAT,
kau mesti menang. Aku tak nak kau emo kat atas sana. Get your shit together okey? You
can do this.” Pesan Ikmal sambil membalut kain putih di sekeliling tangan Hafizul.
Hafizul mengangguk-anggukkan kepalanya. Dia faham. itulah matlamat dia. Hendak memenangi
semua pertandingan itu agar dia dapat merebut gelaran juara di penghujungnya nanti.
Dan jika waktu itu tiba, dia
akan pulang bersama hadiah dan juga bersama maruah kepada Aida. Dia bukan selemah
yang Aida sangkakan. Dulu Aida sering bimbangkan keselamatan dia. Aida tidak yakin
pada kebolehannya. Dia mahu membuktikan yang Aida salah.
“Abang!” mereka disergah satu
suara. Arman tersengih lebar sebaik sahaja masuk ke bilik persiapan Hafizul. Hafizul
yang pada awalnya terkejut melihat kemunculan Arman itu akhirnya ikut tersengih
memandang adik iparnya. Terasa semakin bersemangat melihat Arman datang menyokongnya
di sini.
“Hey! Datang dengan siapa,
Man?” soal Hafizul sambil mencari kelibat isteri tercinta. Namun, hampa.
“Datang dengan Along, Arissa.
Mak dan ayahlah. Kitorang tak nak tengok dalam tv. Macam tak real. Itu pasal nak tengok yang depan-depan
ni ha. Jenuh kitorang kelentong dekat guard
tu tadi... mana nak tahu, kena ada tiket bagai.” kata Arman bersama keluhan.
Dia membelek-belek beg hitam
kepunyaan Hafizul itu dengan penuh kagum. Glove,
mouthguards, tali skipping dan bermacam-macam alatanlah yang
ada. Pembalut tangan pun ada. Kagum dia jadinya.
Hampa sekali lagi menyapa
hati Hafizul bila tiada nama isterinya disebut. Jadi, benarlah, Aida masih tidak
pulang lagi. Kenapa dia terlalu berharap?
“Kenapa tak call dulu? Boleh abang arrangekan.” Hafizul bersuara.
“Tak tahu pasal tiket
itulah. Cadang nak buat surprise.”
“Well, menjadi. Diorang mana? Dah tu macam mana Arman lepas masuk ke
kawasan ni?” soal Hafizul pelik. Setahunya, hanya staf, peserta dan keluarga terdekat
dengan izin pihak atasan sahaja yang boleh masuk ke kawasan ini.
“Tadi Man cakap dekat uncle cina kat luar tu yang abang ni abang
Man. Siap tunjuk gambar kita lagi dekat dia. Tak cukup dengan tu, kitorang tunjuk
gambar abang dengan kak Aida dulu. Mujur ada simpan lagi...” Kata Arman selamba.
“Seorang aje masuk sini?”
soal Hafizul lagi.
“Dengan Rissa tapi dia cari
toilet dulu. Sesat agaknya.” Jawab Arman
sambil tergelak-gelak.
“Buat apalah susah-susah?
Dekat dalam sini ada toilet.” Ikmal yang
dari tadi menjadi pendengar tiba-tiba bersuara sambil memuncungkan mulutnya ke arah
tandas di bilik itu.
“Oh, tak tahu itulah.
Tadi dia tak tahan sangat kononnya.” Arman menceber.
“Abang!” suara lain pula menyapa.
Kali ini wajah ceria Arissa. Terhenti perbuatan Ikmal yang membalut tangan Hafizul
itu sebaik sahaja terpandang kelibat Arissa. Terkejut barangkali melihat gerangan
lain masuk ke bilik persediaan Hafizul. Perempuan pula tu.
“Eh? Rissa, dah jumpa toilet?” soal Arman tersengih-sengih.
Arissa pula dalam lelahnya,
tergelak-gelak tanpa henti menyebabkan Hafizul dan Ikmal yang tak tahu cerita itupun
ketawa mengekek. Lucu melihat keadaan Arissa yang ketawa sampai terbatuk-batuk itu.
Hanya wajah Arman saja yang masam mencuka bila soalannya tidak dijawab.
“Apa yang kelakarnya?” soal
Arman sakit hati. Arissa masih lagi ketawa terkekeh-kekeh. Bila dia hendak membuka
mulut, pasti rasa lucu itu timbul semula menyebabkan dia tak mampu untuk bersuara
langsung.
“Apa ni? Jumpa ke tak tandasnya?!”
Arman sudah naik angin.
“Tak...” jeda Arissa. Dia
ketawa lagi.
“Dah tu apa yang lucunya?
Kau kencing merata?” soal Arman geram. Soalannya membuatkan tawa Arissa
menjadi-jadi. Hafizul dan Ikmal ikut mengekek. Arissa memanglah. Bila dah start ketawa, ramai yang akan
berjangkit.
“Tak... Tadi kan, Rissa termasuk
dekat bilik mat saleh mana entah... handsome...
tapi...” lepas itu dia ketawa lagi. Macam kelakar sangat cerita yang ingin
disampaikan itu.
“Lepas tu kan, Arissa terkejut...
Rissa pun jerit kuat-kuat sebab dia pakai seluar pendek yang seksa sangat waktu
tu. Bawah sikittttt aje dari dia punya... tu. Badan dia pun basah-basah. Ada towel
dekat bahu dia. Huh! Memang seksi gila. Dia pun menjerit kuat sebab terkejut tengok
Rissa. Terus Rissa cabut lari. Terbantut niat. Arman tak tengok muka dia waktu menjerit
tu... macam pondan! Siap tutup badan dengan towel lagi.” sambung Arissa setelah
diyakini tawanya sudah habis.
Tapi, sebaik saja habis menuturnya,
dia kembali gelak. Kali ini bukan setakat dia saja yang gelak, mereka yang mendengar
ceritanya itu turut sama tergelak lucu. Arman ketawa sampai berair mata.
“Mesti dia marahkan Rissa,
kan?” Giliran Arman yang tak henti-henti ketawa. Hafizul juga sama. Ikmal menahan
dirinya dari ketawa lagi. Tak sangka yang dia akan ketawa sampai macam ni di
saat sedang serius.
Selamba sungguh Arissa bercerita
bagaikan dia tidak wujud saja di situ.
Hafizul tak ada pula bercerita
tentang wajah cantik si Arissa ni... biasanya Hafizul kata Arissa tu rajin tolong
dia saja. Dia fikir Arissa masih budak lagi... rupa-rupanya dah besar panjang. Terhenti
berdegup jantung dia tadi sebaik sahaja Arissa melangkah masuk ke dalam bilik itu.
“Setiap bilik ada toilet. Rissa dah salah masuk bilik peserta
lain. Mujur tak kena ambil tindakan, tau?” bebel Ikmal tiba-tiba.
“Err, siapa ni?” soal Arissa
ke telinga Arman. Arman angkat bahu. Dia pun belum sempat berkenalan dengan kawan
Hafizul itu. Tertanya-tanya juga dia siapa.
“Ops, sorry. Abang dah bebel-bebel kat Rissa tanpa
kenalkan diri abang. Abang kawan Abang Pijoi awak berdua. Nama abang, Ikmal.” Ikmal
menayang sengih. Arissa ikut tersengih. Handsomenya!
Cair dia...
“Abanglah corner boy tu, kan? Yang jadi tukang lap
peluh apa semua tu?” Arissa bertepuk tangannya sebaik saja teringat pada wajah Ikmal.
Lelaki yang dia puji dulu. Hmm, depan-depan lagi handsome! Fikir hati nakalnya.
“Jurulatih abanglah.” Hafizul
membuat pembetulan. Arissa mengangguk-angguk tanda faham. Ikmal tergelak. Jatuh
standard dia bila dikategorikan sebagai tukang lap peluh!
“Sorry.” Ucapnya perlahan. Ikmal geleng-gelengkan kepala tanda tak
mengapa.
“Eh kejap... Kat bilik ni
ada toilet?” soal Arissa dengan mata yang
membulat. Ikmal, Hafizul dan Arman mengangguk serentak.
“Rissa minta diri dulu ye...
niat dah muncul semula. Terima kasih Abang Ikmal... hai. Eh, bye.” Kata Arissa malu-malu.
Tergelak Ikmal dibuatnya. Hafizul merenung Ikmal dengan pandangan nak mengejek.
‘Gatal kau dengan adik
ipar aku!’ bagaikan faham dengan isyarat mata Hafizul, Ikmal matikan senyuman.
Dia berdeham.
“Kelakar...” komen Ikmal sambil
meneruskan balutan di tangan Hafizul. Sesudah siap, dia menyarungkan glove berwarna hitam bersaiz lapan milik
Hafizul ke tangan kekar sahabatnya itu.
“Kami mengganggu ke?” soal
Arman lantas duduk di tempat duduk yang berdekatan.
“Tak adalah. Abang lega sikit
ada peneman selain Ikmal ni. Rasa ada penyokong. Kalau ada Aida lagi abang suka.”
Kata Hafizul jujur.
Arman menarik nafas lega.
Bimbang juga jika dia dan Arissa sekadar mengganggu kerja abang iparnya. Sungguh
dia ingatkan sukan muay thai yang masuk rancangan tv begini hanya ada di luar negara
sahaja. Tidak menyangka bahawa dia akan menyaksikan dengan mata kepalanya sendiri
di Malaysia. Abang ipar dia sendiri pula tu sebagai peserta. Siapa tak bangga?
“Selesa?” soal Ikmal terhadap
tangan Hafizul yang sudah siap dibalut itu. Hafizul mengangguk-angguk tanda selesa.
“Ketatnya ok?” soalnya lagi.
“Ok!” jawab Hafizul yang mula
menghayunkan tangan ke depan.
Menumbuk angin. Sengaja ingin
menguji ketangkasan tangannya. Ikmal sudah bersedia dengan punch pad di tangan. Dia menghalakan pad itu ke arah Hafizul dan Hafizul mula menumbuk-numbuk pad itu dengan ketangkasannya. Kagum Arman
menyaksikan gaya abang iparnya. Sangat bergaya.
“Punch, left right. Left, right. Tunduk, tunduk. Defense kalau boleh jangan lama sangat walaupun
dia tak kira mata pun, okey? Tapi kau kena kumpul mata. Ingat tu. Serang-serang.
Jab, jab, jab, hook, uppercut. Kick! Jab,
jab, kick!” Ikmal mengajar laju. Hafizul menurut dengan spontan. Tiba sewaktu
kick, tubuh Ikmal terdorong ke belakang
dengan tendangan kuat Hafizul. Dia kembali merapatkan jarak mereka.
“Sekali lagi.” Ikmal mengarahkan
Hafizul untuk berlatih lagi. Hafizul melagakan penumbuknya tanda bersetuju untuk
berlatih lagi. Masa masih banyak untuk dia berlatih sementara menunggu peserta lain
bertarung di gelanggang.
“Guna lutut tu jugak.” Arah
Ikmal. Punch pad dihalakan ke bawah, Hafizul melutut punch pad itu.
“Hook kepala, angkat lutut!” arah Ikmal yang semakin serius. Hafizul
mencangkuk leher Ikmal dan menaikkan sikunya ke atas, tetapi tidak mengenai mana-mana
tubuh Ikmal. Sekadar berlatih.
“Apa maknanya tu?” soal Arissa
yang baru muncul dari bilik air itu kepada abangnya yang tercengang-cengang menyaksikan
latihan Hafizul dan Ikmal yang kelihatan begitu bergaya sekali pada matanya. Kedengaran
banyak arahan daripada mulut Ikmal dan Arissa langsung tidak memahaminya.
“Hook, perbuatan mencangkuk pihak lawan. Uppercut, tu tumbukan cedok dari bawah bawak ke dagu pihak lawan.” Ikmal
menjawab bagi pihak Arman sambil meneruskan latihannya terhadap Hafizul.
“Nanti berteraburlah gigi
dia.” Arissa berkata perlahan tetapi mampu membuatkan Ikmal mengulum senyum.
“Sebab tu setiap petinju kena
pakai mouthguard.” Kata Ikmal sambil tersenyum-senyum.
Tangannya tangkas mengelak serangan Hafizul.
“Jab tu pulak apa bendanya?” soal Arman ingin tahu.
“Tumbuk berhadapan atau tumbukan
lurus kiri dan kanan. Nak kumpul skor. Itu perkara asas yang akan diajar dalam boxing, muay thai.” Terang Ikmal lagi. Suka
dia menerangkan perkara itu kerana memang itu minatnya. Dan dia sudi berkongsi minatnya
dengan sesiapa yang bertanya. Lagi pula, dia sedang cuba untuk mengagumkan Arissa.
Biasalah. Dia itukan lelaki?
Lelaki mana yang tak tertarik dengan gadis cantik macam Arissa? Lelaki gila namanya.
“Wow! Abang Ikmal terrorlah!” puji Arissa seperti yang diharapkan
Ikmal.
Ikmal tersenyum bangga. Hafizul
di hadapannya mengerutkan kening. Asyik tersenyum sahaja rakannya ini. Jangan berbiras
pula mereka nanti. Bukannya dia tidak nampak betapa lebarnya senyuman Ikmal setiap
kali Arissa buka mulut.
“Dia bekas champion.” Hafizul menaikkan saham sahabat
karibnya.
Kalau Ikmal suka, apa salahnya?
Lagi pula, dia kenal benar dengan sahabatnya yang satu ini. Ikmal sangat baik orangnya.
Cuma... Arislah masalahnya. Dan, usia Ikmal dan Arissa agak jauh berbeza.
“Patutlah. Kenapa tak join sekali battle ni? Mesti boleh jadi champion
lagi, kan?” kata Arman kagum. Ikmal tersenyum hambar mendengar soalan itu.
“Ada masalah...” kata Ikmal
menutup rasa sedihnya.
“Bini tak bagi?” soal Arissa
laju menyebabkan Ikmal ketawa berdekah-dekah. Hafizul ikut ketawa. Selamba sahaja
soalan Arissa.
“Kau mengayat ke dik?” Arman
menyiku adiknya. Soalan adiknya itu bagai ingin mencungkil status sebenar Ikmal.
Sungguh dia malu!
“Mana ada?! Orang tanya elok-elok
ni ha...” Arissa mencemik. Bukannya niat dia nak menyibuk tetapi soalan itu yang
terpacul keluar dari mulutnya, dia boleh buat apa?
“Abang Ikmal tak kahwin lagi.
Dia tunggu calon bini macam bidadari.” Kata Hafizul sambil menghantar senyuman nakal
kepada Ikmal. Menyakat. Ikmal menggeleng-gelengkan kepalanya dan tersenyum.
“Sayangnya lambat kahwin...”
komen Arissa perlahan. Kali ini Arman menekup mulut laser adiknya. Bimbang Ikmal
naik meluat dengan perangai Arissa yang terlebih jujur itu. Ikmal sudah sakan tergelak.
“Mulut dia memang macam ni.
Tak ada insurans. Sorry ye, Abang Ikmal.”
Pinta Arman bagi pihak adiknya. Mulut si adik dilepaskan dengan ragu-ragu. Bimbang
akan keluar lagi soalan berani mati dari mulut adiknya.
“Eh! Tak ada apalah. Abang
tak kisah pun.”
“Get ready! Ten minutes.” tiba-tiba
muncul seseorang di muka pintu untuk mengingatkan Hafizul tentang perlawanannya
sebentar lagi. Sebaik sahaja dia memberi peringatan, dia kembali menghilangkan diri.
“Rissa pulak yang berdebar.”
Arissa berbisik di telinga Arman. Arman mengangguk-angguk setuju. Hafizul melaga-lagakan
penumbuknya.
“Joi. Ingat, jangan bagi foul!” Ikmal kembali serius. Kalau dilayan
Arissa, alamatnya, dia sendiri pun leka sehingga tidak menghantar Hafizul ke gelanggang
nanti.
“Foul?” soal Arman dan Arissa serentak.
“Foul tu kalau tumbuk belakang badan. Kalau tak dengar arahan pengadil
pun foul juga. Boleh tolak markah.” Terang
Ikmal sambil meneruskan tugasnya sebagai jurulatih Hafizul.
“Itu aje boleh kena foul?” soal Arissa.
“Kau ni banyak mulutlah!
Orang nak berlatih tu. Patut aku tinggalkan aje kau kat rumah tadi.” Bebel Arman
geram. Sakit hati bila adiknya terlalu banyak tanya.
Mesti Hafizul serabut. Orang
tua itu dahlah perlukan ketenangan sebelum beraksi sebentar lagi dan Arissa tak
habis-habis dengan mulut murainya. Arissa mencemik. Hafizul pula hanya ketawa melihat
pergaduhan kecil itu. Arman dan Arissa bagaikan anjing dengan kucing.
“Aku perkenalkan adik
ipar aku, The Catdog Malaysia.” Hafizul bersuara. Bertambah lebar senyuman
Ikmal. Dia perasan... Arissa dan Arman tak henti-henti berperang mulut.
“Foul tu terjadi kalau menjatuhkan pihak lawan dengan menolak pinggang,
bahu atau kaki. Macam permainan judo tu. Tak boleh. So, foul la jawabnya. Lepas tu, kalau mengunci pihak lawan macam dalam
gusti tu pun dikira foul. Kalau guna sepakan
sapuan pun sama. Kalau peluk pihak lawan sampai mereka sesak nafas pun boleh jadi
foul juga.” Terang Hafizul yang berhenti
berehat. Penat juga kalau asyik berlatih saja.
“Banyaknya syarat yang tak
boleh.” Rungut Arissa.
“Memang banyak. Kalau pegang
tali gelanggang sebab nak sepak atau hentak lutut pun tak boleh. Sengaja melantunkan
badan dekat tali gelanggang untuk menyerang atau mempertahankan diri pun tak boleh.
Kalau tak melawan semula selepas diserang banyak kali pun foul juga. Nak nak kalau gigit, cekik, ludah, hantuk kepala, mencarut
pada pihak lawan, lagilah tak boleh.” Tambah Hafizul bersungguh-sungguh.
Semakin berkerut-kerut kening
Arissa dan Ikmal mendengarnya. Mungkin pelik kerana banyak benar pantang larang
dalam Muay Thai. Memang itu kebiasaannya ada dalam sukan lain. Kena menghormati
juga pihak lawan kerana Muay Thai merupakan satu sukan bukan pergaduhan.
“Tak dengar cakap pengadil
pun kena, kalau serang bahagian ‘terlarang’ pun kena...” sambung Ikmal. Kali ini
wajah Arissa memerah. Arman sudah tergelak besar.
“Tak apa dah Abang Ikmal.
Dia akan diam untuk sejam selepas penerangan abang tu.” Mengekek dia ketawakan adiknya
yang sudah tersipu-sipu malu itu. Berdekah-dekah Ikmal ketawa mendengar kata-kata
Arman itu. Tahu pun malu.
“Kau ni, Man! Bisinglah!”
marah Arissa. Wajahnya masih terasa kebas.
“Tahu pun. Knockout tu kalau jatuh tak bangun-bangun
tu kan?” soal Arman kepada Ikmal. Ikmal mengangguk, mengiyakan soalan Arman itu.
“K.O, kalau biasa main game. Singkatan bagi knockout. Yang atas lantai dan dikira satu
sampai sepuluh tu dikira knockout. Kalau
cedera teruk atau dah tak mampu nak berlawan lagi dipanggil T.K.O atau Technical Knockout. Biasanya pengadil yang
umumkan T.K.O ni.” Ajar Hafizul. Arissa dan Arman mengangguk-angguk tanda faham.
Banyak informasi yang mereka terima pada hari itu sahaja. Ikmal tersenyum.
“Kalau dua-dua rebah?” soal
Arissa.
“Tu dipanggil seri. Kalau
diorang rebah serentak dan tak larat nak bangun.” Ujar Hafizul menggantikan Ikmal.
Dia kembali ingin meneruskan latihan apabila Ikmal sudah bersedia dengan punch padnya.
“Nak tahu pemenang macam mana?”
soal Arissa pendek.
“Menang bagi yang kumpul skor
tertinggilah. Takkan itu pun tak tahu?!” bebel Arman. Arissa menjelir saja.
“Betul tu. Bergantung
pada skor dari pengadil.” Ikmal mengiakan.
“Banyak ke peraturan dia?”
Komen Arissa. Ikmal mengangguk-anggukkan kepalanya. Memang banyak. Tapi kalau dah
berminat, pasti sudah terbiasa dengan semua peraturan itu.
“Rissa teringin nak bertinju ke?” soal Ikmal sambil menayang senyum
manis.
“Teringin. Sebab waktu sekolah
dulu selalu kena buli. Teringin nak bagi segedebuk kat budak-budak yang suka buli
Rissa tu. Pakai cara yang uppercut tu
sekali. Biar senyap terus. Knockout! Waktu
tu jangan haraplah nak minta ampun. Takkan dapat punya.” Kata Arissa penuh dendam.
Hidung disapu dengan hujung ibu jari. Menayang lagak. Ikmal mengekek mentertawakan
kata-kata Arissa. Sungguh spontan namun mampu menerbitkan senyumannya berkali-kali.
“Nanti kalau ada masa, abang
ajarkan. Tapi bukan untuk dendam ye. Untuk mempertahankan diri.” Pesan Ikmal. Arissa
sudah bersorak gembira mendengarnya.
“Man pun nak juga belajar.”
Kata Arman penuh harapan. Moga Ikmal sudi mengajarnya juga.
“Man belajar dengan Abang
Pijoilah.” Kata Ikmal selamba. Arman mencemik. Macamlah dia tidak tahu yang Ikmal
itu sedang mengayat adiknya. Huh! Langkah kaki abang Aris dululah! Desis hatinya
angkuh.
“ABANG
Ikmal cakap, dia nak ajar Rissa cara-cara bertinju...” cerita Arissa kepada Aris
dengan senyuman bangga. Matanya ralit memandang ke arah gelanggang. Sekejap lagi,
Hafizul bakal beraksi. Masing-masing mengucapkan kata-kata semangat sebelum meninggalkan
bilik persiapan Hafizul tadi.
“Siapa pulak Ikmal?” soal
Aris pendek.
“Kawan abang Pijoi selaku
manager dan jurulatih dia. Yang handsome duduk kat corner dulu tu.” jawab Arissa angkuh. Berlagak bila dia berkenalan dengan
manager abang iparnya. Sungguh segak bergaya.
Badan pun agak katang.
“Sempat pulak kau menggatal!”
Aris mendengus tak senang bila adik bongsunya berkenalan dengan mana-mana lelaki.
Nak nak dengan kawan Hafizul, orang yang merosakkan adiknya sendiri. Mungkin rakan-rakan
Hafizul yang membawa pengaruh yang tidak elok kepada Arissa.
“Mana ada? Dah dia ada kat
situ. Berkenalanlah.” Kata Arissa dengan cebikan meluat.
Bengang dengan Aris. Sikit-sikit
nak mengatur hidup dia. Itu sahajalah yang mampu Aris buat, agaknya. Tiada kerja,
sengaja cari kerja. Tiada orang suruh menjaga tepi kain adik-adik, sibuk juga dia
nak menjaga. Tetapi, adik-adik Aris memang hormatkan Aris selaku abang sulung mereka
kerana Aris sangat bertanggung jawab dan tegas.
“Eh! Dengar, diorang dah panggil
lawan abang Pijoi.” Arman bersuara teruja.
“Eh! Tu ke lawan dia?” soal
Achik tidak sedap hati melihat tubuh lelaki yang bakal menjadi lawan kepada Hafizul.
Tubuhnya tidak terlalu tinggi tetapi agak padat. Tentu sekali lincah di gelanggang.
Arissa turut memandang ke arah lelaki yang dikatakan ibunya.
“Errr, dialah tadi yang Arissa
cakapkan tu, Man. Bilik dialah yang Rissa salah masuk tadi.” Arissa menyiku Arman
dan berbisik di telinga abangnya. Arman memandang lelaki itu.
“Hahahaaha!” tawanya terhambur
kuat. Aris menekup mulut adiknya. Tidak mahu mereka menjadi perhatian pula. Hafizul
keluar selepas namanya dipanggil tidak lama kemudian. Bersorak sakan Arissa dan
Arman di tempat duduk.
Hafizul keluar penuh
bergaya. Jubah berhoodie diselak ke belakang. Sebaik sahaja menyelak hoodie
itu, penonton perempuan mula memekik. Pantang nampak lelaki kacak!
“KAU
ni beruntung dapat suami yang pandai lawan-lawan
ni. Muka pun boleh tahan handsome. Dapat
laki petinju ni memang selamatlah hidup selagi dia tak tinju ke kita. Tak ada sesiapa
berani nak cari pasal.” kata isteri Pak Lan kepada Aida. Aida mengeluh. Untunglah
sangat. Untung sangat ke bersuamikan Hafizul? Si perosak tu...
Aida di sini pun, Pak Lan
yang menjemput. Pak Lan merupakan bapa saudaranya di sebelah mak. Pak Lan bernikah
dengan janda di Kelantan dan mengambil keputusan untuk menetap di situ bersama isterinya.
Di rumah emak dan ayahnya, Aida malu hendak menonton tinju bersama keluarganya.
Di rumah Pak Lan, dia mahu menonton pula perlawanan Hafizul.
Hendak melihat sendiri prestasi
suaminya. Pak Lan tahu nasib yang menimpa dia dan Pak Lan berpesan agar dia banyak
bersabar. Mujurlah dia diterima baik oleh Pak Lan dan isterinya. Pak Lan sama macam
ayah dan emaknya. Tidak mahu meletakkan kesalahan kepada mana-mana pihak. Setiap
orang pasti ada salahnya sehingga perkara itu terjadi. Anak kecil di dalam perutnya
tiada dosa. Itu sahaja komen Pak Lan.
“Pak Lan tak sangka langsung
yang Pijoi masuk tinju bagai ni. Macam bukan dia.” Kata Pak Lan kagum. Aida tersenyum
hambar.
“Dari kecil, itu minat dia.”
komen Aida. Memang Hafizul ada menunjukkan minat berlawan dari kecil lagi tetapi
tiada sesiapa yang galakkan dia. Aida ingat lagi kata-kata Hafizul sewaktu mereka
remaja dulu.
‘Besar nanti aku nak belajar
bertinju, lepas tu aku akan tinju sesiapa yang mengacau kau. Nanti kau selamatlah
dengan aku.’ Senyuman sinis tiba-tiba terbit di bibir Aida. Selamatkah dia?
Perutnya diusap-usap. Ada
tindak balas bila mana si anak sudah menendang perutnya. Berkali-kali. Teruja benar
nampaknya hendak menyaksikan perlawanan bapanya. Tiba-tiba Aida rasa sebak. Dia
semakin sayangkan anak itu. Tegakah dia hendak berpisah dengan anak itu nanti?
“Hmmm. Haraplah dia menang
hok ni. Harap dok jadi gapo-gapolah.” Kata Pak Lan tiba-tiba. Pak Lan agak rapat
dengan Hafizul dulu. Tidak hairanlah kalau Pak Lan tidak mengamuk bila mendengar
berita itu.
“Hok tu lawe dio, abe we... tengok bade, gerun sungguh nengoknyo. Mampuh keno gocoh kalo kawe tu!” Komen isteri
Pak Lan dengan slanga Kelantan yang agak pekat sebaik sahaja ternampak kelibat si
lawan kepada Hafizul. Dia mengurut-urut dadanya.
‘Percayalah Mek Ning, saya
lagi gerun melihatnya. Bolehkah Pijoi menang? Pijoi, kau kena menang...’ kata-kata
itu hanya bergema dalam hati Aida sahaja.
Hendak bersorak, egonya melarang.
Hafizul sepatutnya dapat merasakan yang dia semestinya akan menyokong suaminya sendiri
tak kira apa jua keadaan... fikirnya.
kenapa cite ni diberhentikan? best la..nak tau apa yg jd sebenarnya..huhu..please sambung..
ReplyDeleteterima kasih sudi baca SS10. <3 <3 <3 cerita ni dah siap... kena tunggu penilaian... hehehe
DeleteBila nk sambung ni? Ke dah publish? :)
ReplyDeleteSaya akan publish sendiri hujung bulan ni. :)
DeleteVersi novel di pasaran ke?
ReplyDeletenovel ada di pasaran cuma yang di pasaran dah siap touch up. biasanya yang ada dekat blog semua yang version lama dan unedited. :D
DeleteKenapa di berhentikan???
ReplyDeleteMasih ada stock lagi ke untuk novel ni
ReplyDeleteEpisode 11 plis
ReplyDelete