Bab 1
“AKU dengar
ada dua orang
lelaki muda nak
pindah kat rumah
sebelah. Urm... harap-haraplah handsome. Boleh buat
stok cuci mata
yang dah lama
berhabuk ni.” Julia
membawa berita yang
menyendatkan nafas aku
pada tengah hari ini dengan
gayanya yang gedik
sekali. Tangan dikibas-kibas
ke muka. Mukanya
pula bukan main
miang lagi. Novel ditangan
aku, aku tanda
dengan ibu jaritangan
kanan. Jiran baru?
Hairan, sudah
lama rumah sebelah
ini dibiarkan kosong.
Kenapa baru sekarang
ada orang yang
nak masuk ya? Hari tu
jiran di rumah
belah kanan masuk,
ini, jiran di
sebelah kiri pula.
Tapi
dengar-dengarnya, mak
cik di rumah sebelah
kanan ni nak
berpindah pula. Tak
serasi duduk kat
kawasan perumahan di
sini. Di tepi
jalan raya. Bimbang
anak yang masih
kecil bebas ke
tengah jalan. Aduhai..
yang menjadi masalah
sekarang ni adalah
bila mana jiran
aku itu merupakan
orang lelaki. Diulangi
dengan caps lock, LELAKI!
Tak boleh nak
buat gila dah
nanti.
Macam mana
aku nak memekak
dan menyanyi lagu
Bruno dari Marikh
nanti? Aku suka
menyanyi-nyanyi. Itu memang
minat aku. Tapi
nanti... tak bolehlah
aku buat perangai
gila-gila aku lagi.
Kasihannya aku. Mesti
kena jaga tingkah
laku selepas ini.
Julia ni pulak, memang pesen
gatal sikit! Suka test
market. Pantang ada
lelaki kacak, tentu
dia cuba main
mata. Entah kenapa
dia suka sangat
pada lelaki kacak,
aku pun tak
tahu? Aku, sebaliknya!
Lagi handsome seseorang lelaki
tu, lagi aku
menyorok masuk dalam
cengkerang.
Lelaki zaman sekarang ni,
mana boleh percaya
dah! Sedangkan perempuan
pun dah tak
boleh percaya, inikan
pula kaum lelaki?!
Huh! Nak-nak lelaki
yang kacak rupawan
dan berbadan ketak-ketak!
Senang nak mainkan perempuan
dengan menggunakan pakej yang mereka
ada tu. Harap
jiran aku tak handsome! Puhh!
Puhh!!
Aku sebenarnya
tak suka hidup
berjiran. Bukannya apa, aku ni
bukannya suka berbual-bual
macam orang lainselalu
buat. Pot pet
pot pet. Macam
dah tak ada
kerja lain dah
selain dari bergosip.
Lebih baik aku
duduk terperap dalam
bilik dan sudahkan
novel-novel aku yang
tergendala tu. Banyak
pulak lagi! Ah! Sejujurnya, aku memang
tidak pandai nak
bergaul dengan orang.
Kalau suruh gaul
nasi, aku pandailah!
Julialah satu-satunya
sahabat yang aku
ada sejak dulu
sehinggalah sekarang bila
aku bertugas menjadi
cikgu kat Sekolah
Kebangsaan Intan Baiduri
itu. Nak-nak pula,
dia tinggal satu
rumah dengan aku.
Julia juga merupakan
seorang guru. Tetapi
dia mengajar dekat
sekolah menengah, dekat
sikit dengan rumah
kami ni. Gaji
dia, up sikit dari gaji aku.
Tapi, pendapatan aku
lagi banyak dari
dia. Macam mana
tu?
Aku ni,
ada kerja sampingan.
Income aku
masuk melalui Nuffnang
dalam blogger dan juga...
aku sebenarnya novelis.
Pssttt! Baru
terbit dua buah
buku. Sebuah novel
aku tu, dah
masuk dalam carta
laris. Alhamdulillah. Sebuah lagi...
macam... aduhai! Menyedihkan
sungguh sambutannya. Apa
yang dapat aku
rumuskan, JANGAN BUAT
NOVEL FANTASI sebab
novel tu... golongan
kanak-kanak sahaja yang
suka! Kononnya aku
berangan nak setanding
dengan novel Harry
Potter. Tak pun,
Twilight pun jadi. Last-last? Starlight kat
dahi sendiri!
Humph! Berbalik
semula pada topik
asal, BERJIRAN! Kalau
ada jiran nanti,
aku juga yang
merana. Tentu ramai
kata yang aku ni orang
yang sombong sedangkan
aku memang tidak
pandai bergaul. Tambah-tambah
dengan jiran lelaki
pula. Aduh... lelaki...
eeii! Menakutkan. Ada
sebab aku fobia
dengan jiran lelaki
sebenarnya.
Bercinta dengan
jiran? Ya! Aku
pernah terkena. Dengan
jiranlah orangnya! Aku
dah serik wooo...
hey, ingat penulis
novel tak kecundang
ke dalam bercinta?
Itu memang menipu
namanya! Tapi, aku
kecundang sebab... ajal.Jadi,
aku tak boleh
salahkan arwah kekasih
aku tu. Wargghh! Setiap
kali teringat padanya,
tentu sekali hatiku
rasa sebak berganda-ganda.
“Kau ni,
setiap kali dengar
berita ada jiran
baru ke, ada
yang nak kenal,
gerenti kau buat
muka lempeng macam
ni kan?” soal
Julia bengang. Aku
tersentak. Mujur juga
dia tegur aku,
kalau tak, tentu
dah meleleh air
mata ni tadi. Bekas tunangku,
merupakan jiran sebelah
rumah ibu bapaku
di Damansara. Kacak
sungguh wajahnya. Biasalah, dah
kacak, baik pula
hatinya. Tuhan pun
sayang...
Pada mata
Julia,aku, Mona Airawani
yang cantik rupawan
ni terlalu menjaga
diri. Menjaga pergaulanku.
Dia selalu cakap
kat aku, ‘apa
salahnya jika hidup berjiran? Tak
mati pun!Kau ni dah alergik
dengan lelaki. Nak
kata dikecewakan, tidaklah!
Tetapi... hmm. Kenapalah
tak buka hati
tu untuk berkenalan
dengan lelaki? Sayang
betul. Muka tu
dah cantik, kerjaya
pun kira adalah
juga. Apa yang
dia tunggulagi?’. Macam
itulah ayatnya. Berkajang-kajang bebelannya
pada aku. Suka aku
ulang rakaman tang
dia puji aku
cantik tu. Hatiku
kembang setaman.
Aku mengeluh.
Julia tentu tak
faham sebab dia
tak pernah rasa
keperitan aku... aku
pernah bertunang. Lagi
sehari nak kahwin...
tiba-tiba malapetakaitu menimpa
si Fareez. Nak
salahkan takdir, siapalah
aku ni? Aku
hanyalah hambaNya yang
sedang diuji. Jodoh
dan ajal... siapa
yang tahu? Bukan
kita yang menentukannya. Aku
pengsan sebaik sahaja
mendengar berita kematian
tunangku dulu. Sampai
sekarang pun aku
rasa tak kuat
bila fikir semula.
“Mona!” dia menyentakkan aku
lagi dengan suara
nyaring setinggi suara
Jaclyn Victornya itu.
Hisy! Aku nak berangan sikit
pun tak boleh.
“Aku tak suka.
Jiran lelaki pulak
tu. Kalau jiran
perempuan, memang aku
sambut dengan bahagianya.
Tapi ni lelaki,
Jue...” kata aku
mendengus sedikit.
“Hmph. Tak
faham betul aku
kenapalah kau ni
fobia sangat dengan
lelaki. Memang kau
tak nak dekat
dengan lelaki ke?
Hidup berjiran aje kut?
Bukannya suruh kau
pergi menggedik dengan
lelaki tu. Kalau
boleh, bertegur sapalah
sikit nanti. Tak
adalah orang nak
cakap yang kau
tu sombong ya
ampun.” tegur si
Julia lagi.
Dia tidak
berkenan dengan sikap aku yang
satu ini. Pemalu
amat! Bukan pemalu
sebenarnya. Aku cuma
tidak mahu berbaik
dengan orang. Bila
dah berbaik, adalah
perangai gila yang
aku buat. Aku
ni, sebenarnya sangat
suka berkaraoke. Hihihi.
Depan orang kenalah
tunjuk kesopanan sikit.
“Tengoklah nanti
macam mana. Kalau
baik jiran kita,
maka baiklah layanan
aku. Kalau perangai
macam tahi beruang,
maka, beruanglah aku!” Aku berkata
malas lantas menutup
novel yang kubaca
tadi. Kaki aku heretkan ke
dalam bilik. Malas
nak layan Julia
lagi. Aku dapat
dengar dengan jelas
yang Julia sedang
mendengus.
“Sikit-sikit nak emo.
Suruh bergaul elok dengan jiran pun sibuk nak emo!”
Bebel Julia geram.Aku
buat tak endah aje.
Lantak kaulah Julia!
Aku tak suka
isu lelaki dibangkitkan.
Mungkin salah aku
sebab tak pernah
cuba hendak memberitahu
dia. Soal jodoh,
aku dah serahkan
sepenuhnya pada mak
bapak aku... aku
malas nak ambil
tahu lagi. Dan,
soal jiran kacak
atau tidak, ikut
suka hati akulah
sama ada aku
nak menegur atau
tidak! It is all
up to me.
PING!! PING!!
PING!!!
“Bisingggg!!!” aku
mendengus kasar.
Siapalah yang
mengacau aku tidur pagi-pagi buta
begini? Geram betul!
Bunyi hon lori
yang pastinya... Aku
tekup telinga aku
dengan bantal. Usahkan
nak senyap, berganda-ganda pula
bunyi bisingnya menerjah
telinga comel aku
ni. Hey hati!
Dah tak tertahan
nak menghamun orang
ni... hari ni
hari Sabtu. Siapa
berani buat dajal
kat aku ni, oiii?
Cadar tilam bercorak
bunga ros putih
aku cekup dengan
geram. Automatik, aku
bangun dari pembaringan
bila bunyi hon
lori seyyyytonnn tu berbunyi
dengan megahnya.
Pagi-pagi macam
ni, lori apa
yang datang menyibuk
kat kawasan perumahan
ni? Err. Memang
selalu ada. Tapi...
takdelah bising
sampai tahap aku
nak menghamun orang
macam sekarang ni.
Eiii. Panas... panas!
Aku baru tidur
pukul enam setengah
pagi tadi sebab
sibuk menanda buku
budak jugamenaip manuskrip dan sekarang, belum pun lagi pukul lapan,
dah ada yang pfefggeytge! Mensyaiton!
Aku bangun
dari katil dengan
geram. Rambut kusut
masai aku masaikan
lagi dengan menggaru-garu
tak tentu hala.
Serabut!!! Bunyi itu
ada lagi malah
semakin kuat pula.
Aku berjalan menghala
ke almari. Tudung
segera aku sarungkan
dengan malas. Muka
kujengul ke pintu
rumah. Lantaklah muka aku tak berbasuh atau
apa, janji amarah
aku berbaloi kali
ni.Lagi berbaloi kalau si
pelaku misteri ini
terhidu bau mulutku
sekarang. Baru dia
tahu yang dia
sedang mengganggu aku
tidur!
“Hai!” tegur
suara garau.
Seksinya suara
dia. Terpukau sekejap
aku mendengar suaranya. Seorang
lelaki menghampiri aku. Kami hanya
dipisahkan oleh pagar
rumah saja. Amboi
manisnya muka... segar
kejap mata aku.
Ekhem! Ingat motif
kau keluar bilik
ni, Mona! Aku
ingatkan diri aku.
Hush!
“Apa hai-hai?!
Itu lori awakkan,
yang memekak mengganggu
ketenteraman awam??!” haaa.
Kan dah kena
sebutir peluru. Aku
bercekak pinggang dengan
tangan kanan dan
tangan kiriku menunjuk-nunjuk ke
arah lori yang
membingit itu. Kelat
muka kacaknya. Alololo.
Kalaulah dia tak
buat bising ni
tadi, mahu juga
aku pandang seminit
dua muka kacaknya.
Sungguh!
“Sorrylah. Kawan
saya tu memang
suka menyakitkan kepala
otak orang.” ujar
lelaki itu lantas
bibirnya dimuncungkan ke
arah pemandu lori.
Seorang lelaki... err...
menyanyi dengan girang dan
sumbang macam tak
ada masalah sama
ada nak terus
hidup ataupun nak
mati ke... seronok
betul! Sambil tangannya,
PING! PING! Eeei.
Ada chance jugak aku
kerat tangan mamat
ni.
“Hey! Memekak
aje! Diamlah!” jerkahku
geram.
Dia hanya
tersenyum manis. Ingat
laku ke senyuman
manis dia tu?
Eh? Aku ada
cakap manis?! Padam
balik perkataan manis
tu, please? Dia keluar
dari lori macam
nak pergi dekat
aku. Huh. Aman
dunia sekejap... PING!!
Sempat lagi tangannya
mencepuk hon lori.
Eii! Sabar.. sabar..
ini spesies lelaki
kuat menyakat ni.
Kejam pun ya
juga.
“Kenapa kak?”
kak?! Dia panggil
aku KAK?!! Helo!
Aku muda lagikay?! Dua
puluh tujuh! Mudalah
tu! Perwatakan aku
sekarang ni nampak
tua sangat ke?
“Senyaplah! Orang
nak tidur, dia
mengganggu. Tak malu
ke mengganggu keamanan
awam?” soal aku
dengan garang. Aku
mula bercekak pinggang
dan merenungnya macam
nak makan. Jangan
jadi sarapan Mona
Airawani sudah! Aku
tak sarapan lagi
ni.
“Akak tu
yang patut rasa malu. Dah
pukul berapa ni?? Cuba tengok
jam. Apa ni,
anak dara bangun
lewat? Reject buat bini.”
berbisa! Pedih telinga
aku. Siap dikibas-kibas
lagi tangannya tanda
dia sedang ‘mereject’ aku.
Eii. Ada juga kepala
yang tergolek ke
tanah ni nanti.
Jangan main dengan
Mona Airawani! Sekali
aku karate kang. Sabar...
sabar... aku cuba
tenangkan diri meskipun
dada dah turun
naik menahan amarah.Si
rakannya yang budiman
sudah menyiku-nyiku dia.
“Sibuklah! Tak
payah buat bising lagi!
Orang tak cukup
tidur tanda kertas
budak, dia sibuk
nak aku tandakan
dahi tu. Apa
punya orang macam
ni?Aku sumpah jadi
mengkarung nanti, mulalah
malu nak hidup!”
bebelku lantas masuk
ke rumah. Malas
nak menghadap beruangberuang gila
ni.
“Akak..” panggilnya
dengan suara mendatar.
Oh! Aku lebih
rela dengar suara
katak! Dah dia
panggil dengan lembut,
nak tak nak,
aku pusing semula.
Ada benda yang
aku nak hamuk
ni. Panggilan dia
pada aku... sangatlah
menghina! Aku muda lagi!
Tak kahwin pun
lagi, okey?!
“Apa akak-akak?!”
soalku hampir nak mengamuk.
“Apa yang
akak pakai ni,
kak? Sedang belajar
berfesyen ke apa?
Tudung terbalik, pakai
baju tidur nampak
betis! Selipar lain
sebelah.” komennya selamba
sambil matanya melirik
ke kaki aku. Dia memeluk
tubuh dan menjulingkan
mata ke atas. Ewah,
dia...
Yang si
lelaki budiman disebelahnya
sudah menahan senyum
dan memandang ke
arah lain. Terhinggut-hinggut bahunya
menahan tawa. Darah
aku rasa tersejat.
Betul ke apa
yang dia cakap
tu? Aku pandang
ke bawah perlahan-lahan dengan
debaran menggila bagaikan
ada Ju-on kat
kaki. Alamak! Macam
mana aku boleh
lupa tentang baju
tidur aku ni? Selipar jepun
ni pulak..? Ahh! Malu!
Malu! Malu!!
Menciput aku
berlari ke dalam
rumah. Kedengaran dua
ekor badut itu
ketawa macam nak
gila. Berdekah-dekah. Mak! Aira nak
pindah dari sini!
Aira malu!!
SUMPAH aku
tak nak keluar
rumah hari ni! Sumpah aku
malu! Bengongnya kau, Mona!
Itulah, kalau tak
baik niat tu,
gerenti dapat balasan.
Allah bayar cash. Niat
nak memaki orang
akhirnya membuatkan aku sendiri yang mendapat malu.
Malu besar! Oh no!
Mana Doraemon? Doraemon,
tolonglah saya!!! Pinjamkan
saya poket awak!
Kat rumah sebelah
ada Giant dan
Suneo mengganggu.
Aku terjun
tiruk ke atas
katil. Nak buang
malu aku dekat
bantal. Malang lagi menimpa aku bila, GEDEGANG!
Aku tersalah landing! I can
see stars. Malangnya
nasib aku pagi
ni!! Mak! Kepala
Aira sakit!! Mesti
benjol ni nanti.
Apalah sangat benjol
ni kalau nak
dibandingkan dengan malu
yang aku dapat
tadi?
Dekahan orang
di luar masih
lagi aku dapat
dengar. Suka sangat
dapat tengok fesyen
mantap aku agaknya.At least,
aku tunjukkan apa
yang lain dari
lain, ya tak? Dua tiga
minit, akhirnya senyap.
Tiada lagi gelak
ketawa dua toyol
tu. Mujur dah
tak ada gangguan.
Baru lagi
nak melelapkan mata,
PING!! PING!! Alahai
mamat tu punya
kerjalah ni! Nak
memaki? Eii! Aku
tak nak dah...
serik!! Malu betul aku
dengan dua ekor beruang tu.
Tambah-tambah dengan seekor
beruang gila tu.Sebab
tak berbudi bahasalah
aku dapat balasan
cash ni
tadi.
PING! PING!!!
PING!! Isk! Aku
tahu niat lelaki
tak waras tu.
Dia sengaja nak
memanaskan hati aku.
Kalau aku keluar
ni nanti, diorang gelak bagai nak
mati. Gerenti punya!
Macam aku tak
tahu perangai orang
gila macam ni.
Baik kau bersabar,
Mona. Sabar... sabar...
dada aku urut
perlahan berkali-kali. Astaghfirullahalazim. Astaghfirullahalazim. Lebih
baik aku beristighfar
dari mulut memaki
perkataan yang tak
sepatutnya.
Tudung di
kepala yang merimaskan
aku, aku tanggal
dan campak ke
sebelah dengan penuh
dendam kesumat. Geram. Aku
ditertawakan dua ekor beruang tu
disebabkan ‘FESYEN’ terkini
aku inilah. Boleh
aku tak perasan
pada tudung aku yang
terbalik ni? Memang...
urrfff!
best citer ni
ReplyDeleteSalam. Menarik. Tetapi kenapa tida kesudahan. Apapun tahniah buat penulis. Salam
ReplyDeleteAde link tk nk tgk cerita ni
ReplyDelete