Ekhem. Assalammualaikum.
(KORANG BOLEH SKIP MUKADIMAH NI DAN TERUS PERGI KE TARIKH 11 FEBRUARI TU)
Dah
lama
kami pergi Phuket
tapi baru hari
ni aku tergerak
hati nak tulis jurnal perjalanan
kami yang INSANE
tu. Fuh. Fikir sepuluh
kali jugak sebab
macam-macam yang nak
kena tulis ni. Nak-nak penulis
novel macam aku
yang tulis. Cerita yang
patut ringkas kang
jadi panjang berjela.
Korang
hadap
ajelah ek? Aku highlight
point penting kalau
korang rasa membaca
tu bukan amalan
yang sihat. Hahahahah!
Macam mana aku boleh terjebak dengan geng bas sekolah ni? Sapie la ni. Dia desak aku pergi. Siap dia masukkan aku dalam group backpacker tu lagi. Haram J betul. Perangai dia, dari dulu aku perhati. Memang annoying! Memandangkan aku kawan baik dia, layankan ajelah. Inilah mesej bukti betapa dia mendesak aku. (Maafkan bahasa kami yang sungguh kasar itu. Biasalah. Mesej ngan kawan baik, bahasa mana pernah baik.)
Maka, terpaksa jugaklah aku bersetuju... (-___-")
Geng Backpackers : Kami pergi berlima. Pada awalnya, kami plan nak pergi berempat (Aku, Sapie, Syazwan, Amalina). Tapi aku tak boleh 'hidup' tanpa adik aku! cehhhh. Tak ah! Sebenarnya, aku nak jimat (Maklumlah, tengah pokai)...
So, aku paksa adik aku (Abby) ikut sekali. KAHKAHKAH! Letih nak pujuk mak abah supaya benarkan aku bawak adik aku. Mujur berjaya! Beserta pesanan yang panjang berjela)
Aku
nak
mulakan sewaktu kami
kat Sempadan teruslah.
Kalau aku mula
dari awal aku
kat Lipis, kau
orang takkan dapat
bayangkan betapa kentalnya
hati dua anak
gadis Siah Lee
ni. Kahkahkah! Total perjalanan
dari Lipis ke
Sempadan Kedah saja
kami ambik masa lebih 15
jam. So, biarlah
aku bercerita pengalaman
dari Sempadan aje
supaya korang tak
merasa penat yang
aku dan adik aku alami.
11 February
2016 – KHAMIS
Pukul
6
pagi kami dah
terpacak dekat sempadan
Kota Tinggi. Tak
sabar nak cop
Passport aku yang
baru renew tu.
Heheh! Dari sempadan
Kedah, kami jalan
kaki ke Sempadan
Thai sana. Berpeluh
kecik besar jugaklah.
Agak lama kami
stuck kat sempadan.
Kena tunggu itulah, inilah.
Kami kena
bayar tau. Bukan free-free
je masuk negara
dia. Ala, macam
pelepasan dia nak
bagi masuk negara
dia tu la…
benda entah orang
panggil. Aku kena
bayar RM4. Masih lagi
duit Malaysia.
INILAH geng kami... |
Lepas dah
cop passport, kami jalan kaki
cari van ke
Hatyai. GIGIH mencari
van murah. Jangan terus
main terjah je
tau. Dia kena
pandai tawar menawar.
Kalau still rasa
mahal dan tak
berbaloi, blah, cari
van lain. Kali
ketiga baru jumpa
van termurah. 57
baht. Terus setuju.
Diaorang tunggu penumpang
lain dulu. Sampai full,
baru gerak.
sementara tunggu van penuh... |
Perjalanan
ke
Hatyai ambik masa
sejam lebih jugaklah.
Entah? Aku tertidur
dalam van. Weh,
penat gila okey? Aku ngan
adik aku dari
Lipis haa. Sampai kat
sana, waktu Thailand
pukul 7.40 pagi kut? Kami terus
beli tiket bas
untuk ke Phuket.
Bukan
terus
beli tanpa usyar
okey? Kami usyar
dulu harga tiket.
Yang mahal-mahal tu
aku syak, bas
ekspress la. Kami dapat
bas paling murah.
Tapi tentulah bas
lompat. Dia akan
berhentiiiii memanjang. Tak kisahlah,
asal murah… (waktu
tu memang pikir
nak murah je…
yelah memasing bawak
duit cukup-cukup makan
aje) harga tiket
bas, 260 baht
seorang. Convertlah sendiri duit Msia.
Sementara
tunggu
bas nak gerak
pukul 8.20 pagi
tu, sempatlah kami
cari makan dulu. Makan
pagi
berdekatan gila dengan
stesen bas. Yelah,
takut tertinggal bas
kang, meraunglah sebab
barang-barang dah letak
kat dalam bas
tu.
Makan, harga
dia bergantung pada
apa yang kau
orang makan. kalau perut korang besar, selera besar, jangan salahkan aku bagi bajet tak betul. :P Aku
dengan adik aku
makan nasik kerabu.
Minum air teh
ais. Memang sedap
gila babaslah teh
dia!
Aku ngan
Abby dikenakan bayaran
45 baht seorang.
Sebenarnya tu dah
consider mahal sebab
bukannya ada apa
sangat pun dalam nasik kerabu dia. Tak kisahlah,
janji perut kenyang.
Oh ya, mak
cik tu pandai
cakap melayu. Dio kecek
kelate.
Kami makan kat sini. Kedai makan ape tah nama dia. |
Lepas makan,
kami sempat beli
simkad. Si Sapie
cakap, sampai Phuket
nanti belilah! Eleh,
dia bolehlah… dia
lelaki. Siapa nak
risau kan? Aku gaduh
gaklah ngan dia
sebab aku dah
janji ngan parents
aku yang aku
akan selalu update
kat diaorang kat mana kitaorang. Yelah,
aku bawak Abby kan…
anak kesayangan diaorang
tu. Hal ni bukan remeh tau!
Harga simkad
tu 95 baht. Pepandai
carilah.
Ada yang unlimited.
Tapi semua dah
disapu bersih. Tinggallah yang
6GB je. Sauk jelah
mana-mana pun. Dalam bas,
terus kami aktifkan
nombor tu. Tulisan bahasa
Thai oke? Aku tak
taulah sejak bila
aku celik bahasa
Thai. Molek pulak
simkad tu berfungsi.
KAHKAH! Dekat setengah
jam jugaklah duk
belek ke benda
alah tu. Dapatlah
update kat famili
yang kami dah
kat Hatyai!
Okey, satu
tips untuk kau
orang yang nak jimat hardcore
macam kitaorang. Korang
boleh beli satu
je simkad, pastu
share tenet tu melalui hotspot.
Sapie la ni... bab jimat
kedekut tu memang
beri kat dia. Kreatif
otak
dia.
Perjalanan
ke
Phuket sangat jauh.
SAAAAANGAT jauh. Tepu duk
dalam bas tu
nak dekat 9
jam tahu? Sebab banyak
berhenti kut? Dekat Krabi
pun dia berhenti
jugak. Untuk sembahyang sebab diaorang ni ramai jugak orang Islam. Lagi diaorang berhenti dekat mana
lagi entah?
Lepas tido, tido. Last-last tak reti nak tido dah kami. Waktu ni, bantal leher tu memainkan peranan penting tau? Bawak okey? Adik aku ngan aku bawak bantal leher yang boleh tiup tu. Bila tak nak pakai, buang angin dia. Senang. Jimat ruang. Ringan. Boleh pakai bila-bila. Sangat berguna!
Lepas tido, tido. Last-last tak reti nak tido dah kami. Waktu ni, bantal leher tu memainkan peranan penting tau? Bawak okey? Adik aku ngan aku bawak bantal leher yang boleh tiup tu. Bila tak nak pakai, buang angin dia. Senang. Jimat ruang. Ringan. Boleh pakai bila-bila. Sangat berguna!
ni la hasil muka adik aku... Duk berjam-jam lamanya dalam bas. Takde gaya muka manusia dah aku tengok. Bantal tu la aku maksudkan. |
Jujur aku
cakap, aku naik menyampah tengok
muka yang sama
kat tepi aku.
(ABBY). Sorry dik. Bukan sembilan
jam akak hadap muka
kamu. Dari Padang
Tengku - Lipis
- KL -
Shah Alam - Ipoh -
Kedah - Hatyai
- Phuket!) lastly,
sampai jugak kami
ke Phuket. Waktu tu
ingatkan penderitaan kami
akan berakhir. Tapi BELUM ya, tuan-tuan dan
puan-puan…
Sampai
kat
Stesen bas Phuket
tu, kami kena
cari kenderaan lain
ke hotel kami
pulak yang terletak
dekat Patong! Patong is jauh, you know. Sejam
lebih
perjalanan tolak tambah
jalan jammed. Kami sampai
waktu petang so…
orang ramai keluar
waktu tu mungkin sebab nak
tengok sunset. Kami
tak
naik tuk tuk. Mahal! Naik van, harga 100baht
seorang.
Driver van tu hantar
sampai ke depan
hotel. Relax Guesthouse.
Nak kata relax
tu, tak relax
jugaklah sebab aku
ngan adik aku
dapat bilik hotel
di tingkat paling
atas. Tingkat empat,
tanpa lif ya
tuan-tuan dan puan-puan.
Aku ulang balik,
TANPA LIF!
Waktu memanjat tangga
tu, carutan versi Melayu, Inggeris,
Thailand semua keluar.
Semput mokcik!
Lobi hotel tu. |
Aku
tak
recommend sangatlah hotel
tu sebab katil
dia tak stabil.
Duduk kat tepi
sikit je, terjongket!
Bukan itu saja,
dia takde lif. Itu
yang
aku berdendam sangat
dengan hotel tu. TAKDE LIF! Dahlah
WIFI
tak dapat langsung!
Tapi, yang
bagusnya, sebelah dia
je ada tempat
sewa motor. Pastu,
jalan kaki ke
mana-mana memang dekat!
Tu je kebaikan
dia. Yang lain,
tarak!
Harga
hotel
ni, aku tak pandai nak bagitau secara spesifik sebab kami
bayar RM140 dari
dalam Malaysia lagi
untuk diagih-agihkan minyak,
tol (ipoh- kedah),
parking kereta kat
Sempadan tu (dalam
Malaysia), dan duit
hotel. Yang pasti,
waktu balik tu,
ada baki duit yang kami
bayar tu.
Sampai je
bilik, itulah perasaan
yang paling HEAVEN
sekali… aku ngan Abby tak
mampu bukak mulut.
Jumpa katil macam
jumpa suami. Duk embrace
gila-gila. HAHAHAH! Itulah kali
pertama kami dapat
berbaring setelah lebih sehari kami mengembara oke? >.<
Nampak kaki katil tak? tak kan? Tak stabil langsung! Mujur katil. Stabil tak stabil, lain cerita. Ini yang aku dengan Abby nanti-nantikan sepanjang perjalanan kami. |
Disebabkan
seharian
tak mandi (dari
Lipis 10 Feb),
kami tak boleh
bercinta dengan katil
lama-lama. Lagi satu
perut lapar. Tak makan
sepanjang duk dalam
bas tu. Memang tak
makan langsung lepas
kami makan nasik
kerabu tu. Toyoyoiyoi perut
berbunyi. (Aku sarankan,
korang cari roti
ke apa ke
waktu kat Hatyai
lagi. Buat alas
perut dalam bas). Jangan ulangi kesilapan kami.
Lepas
mandi,
tukar baju semua,
Syazwan (ketua pergerakan
kami) datang ketuk
pintu bilik. Ajak
pergi jalan-jalan cari
makan. Diaorang dah
tunggu kat bawah.
Kami tak baca
mesej dia yang
suruh kami siap-siap
tu. Sorry korang…
HAHAHA!
Nak
cari
kedai makan, satu
lagi masalah. Bukan takut tak
halal ke apa, sebab kedai halal dia memang bersepah. Tapi… penuh gila
babas orang. Memang ramai
gila orang. Mat saleh
pulak tu… hekhek.
Takde kaitan kan.
>.< sementara cari
kedai tu, kami
sempat duk usyar
harga pakej island
hopping. Aktiviti untuk
besok.
Si
Sapie
ni bergaduh dengan
mak cik tu
sebab mak cik
tu tipu. Sebelum
bayar, kata lain. Dah
bayar
kata lain. Sapie mintak balik duit
kami. Pastu mak
cik tu campak
duit tu kat
kami dan halau
kami. Katanya jangan
datang lagi. Kehkehkeh!
Siapa suruh tak
jujur, kan? Hati-hati
eh dalam memilih
pakej Island hopping
ni… kami dapat
pakej yang berpatutan.
1050baht untuk Phi Phi Island, Maya Bay, apa Island lagi tah.
Ni waktu kami jalan-jalan cari pakej Island Hopping |
Lepas
tu,
baru pergi makan.
Adeh, lapo perut
mok cik. Tak ingat
nama restoran tu. Tapi
memang
popular. Makanan dia
sedap tapi harga
pun boleh tahan
sedap. Menangis kejap membayarnya. Aku
ngan
adik makan, harga 270baht.
Ini kedai makan tu... Sementara tunggu makanan, kami bergambar dulu. |
Pastu kami jalan-jalan
kat Bangla Road
dan Pantai Patong.
Sesiapa yang imannya
mudah goyah, tak
digalakkan ke sini. Nyah, perempuan
betul pun aku
takleh beza. Menari tiang, macam hape
je.
Dekat Pantai
Patong tu, ada
orang yang promot
lantern macam
cerita kartun Tangled tu. Ada
macam-macam saiz. Memang
impian
aku nak bakar
benda tu dulu
kalau aku ke
Phuket. Tapi… aku
pernah buat research
dulu pasal benda
tu, tak elok
untuk environment. Boleh menyebabkan
hutan terbakar etc. Jadi, pencinta
alam tak
digalakkan buat kerja
membako lantern tu ye.
(Sahih
ke tak, tak
tau la. Cer gugel tengok. Tapi dengarnya
negara India dah
banned aktiviti tu)
Okey, waktu ni memang kami dah mengantuk dan penat sangat. Tapi still nak bergambar dekat Pantai Patong. Hakhakhak! |
Kami
balik
hotel terus tido. Yeay! Tido sebab
letih panjat tangga
oke. HAHAHAHAH! Kalau ikutkan
malasnya nak tido
lagi. Tapi besok
kena bangun pagi. Island
hopping
lagi… kami dahlah tak sempat nak rehat sangat waktu sampai.
Ada benda
ni nak cakap…
Adik, awak memang
hebat! Aku respect
sangat dekat Abby
sebab dia langsung
tak merungut. Aku penat. Aku
tau
dia pun penat.
Perjalanan kami bermula
dari Padang Tengku.
Aku tau dia
pun naik muak
tengok muka aku
24 jam. Dekat rumah,
kami tak macam
tu pun. Jumpa untuk
4-5 jam sehari.
HAHAHA!
Aku
respect
kat dia sebab
even kawan aku
si Sapie tu pun merungut
macam-macam. Laparlah. Penatlah.
Mengantuklah. Bila nak
sampailah. Etc... etc! Sampai aku
rasa nak cekik dia sampai biru.
Macam dia seorang
je yang penat,
kan? Kah! Adik,
you rock! Akak boleh
backpacking lagi dengan
adik nanti! (Pernah dah pergi ke Singapore dengan adik. Dia memang kurang merungut)
Hari
kedua,
bersambung nanti eh? Tak
larat
nak tulis dah. Inilah
akibatnya kalau
geng-geng backpacker suruh
aku yang catat.
Dah aku bagi detail…
HAKHAKHAK! MAAFLAH gambar tak berkualiti sebab penat kan... main snap je. Hari kedua, lawa sikit gambarnya. >.<
Assalamualaikum deknalee..nk tanya..ingat lg kt mana ambik pakej islan hopping
ReplyDelete